Home » Isu Semasa » Pilihanraya Umum Ke-15 Sesuai Dilakukan Selepas Kes Dalam Negara Dilandaikan

Pilihanraya Umum Ke-15 Sesuai Dilakukan Selepas Kes Dalam Negara Dilandaikan

Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) hanya sesuai dilakukan selepas kes Covid-19 negara berjaya dilandaikan.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pada waktu ini semua pihak perlulah memberi fokus untuk membangunkan ekonomi negara selepas lebih dua tahun ‘berperang’ dengan wabak berkenaan.

Saya kira elok kita landaikan lagi Covid-19 kerana terdapat pelbagai masalah melanda negara dalam tempoh dua tahun ini. Lagi pun sekarang ini kita dalam usaha memulihkan ekonomi yang terjejas.

“Dua perkara ini perlu diberi penekanan dan selepas itu kalau keadaan dah selesa, eloklah kita fikirkan nak buat PRU,” katanya.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Beliau yang ditemui usai perasmian Forum Sahabat Komuniti Desa (SKOD) di Insitut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka, semalam.

Dalam beberapa hari yang lepas, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohaamad Hassad, menggesa supaya PRU15 dipertimbangkan untuk diadakan dalam masa terdekat mengambil kira sentimen rakyat ketika ini yang dilihat memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Beliau juga turut menyuarakan hasrat beliau kepada Perdana Menteri sebaik sahaja BN memenangi PRN Melaka.

Namun begitu, semalam Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan Kementerian Kesihatan berpandangan tidak sesuai untuk PRU15 diadakan dalam tempoh terdekat kerana penularan Covid-19 masih dalam keadaan yang membimbangkan dengan peningkatan kadar kemasukan ke hospital.

Penafian – Bahan artikel admin share diatas merupakan panduan dan rujukan yang berkaitan dengan “Pilihanraya Umum Ke-15 Sesuai Dilakukan Selepas Kes Dalam Negara Dilandaikan” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!