Pian Cecupak Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung.


Kumpulan pelawak Cecupak yang pernah mewarnai industri tanah air dan berjaya menghiburkan masyarakat Malaysia suatu ketika dahulu.

Baru -baru ini, salah seorang anggota kumpulan tersebut iaitu Arwah Pian telah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 8 malam tadi di kediamannya dipercayai akibat mengalami serangan jantung.

Allahyarham Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Rahman telah ditemui meninggal dunia dalam keadaan terbaring di bilik air oleh ibunya yang juga tinggal bersamanya di kediaman tersebut.

Malah perkhabaran itu juga telah dimaklumkan oleh adik arwah iaitu Hasenah yang mana dikhabarkan bahawa arwah telah dikejarkan ke hospital selpas jatuh di dalam bilik air namun doktor mengesahkan bahawa Pian telah tiada.

Dalam pada itu ahli keluarganya mengakui bahawa arwah memang mempunyai penyakit jantung dan kemungkinan ia adalah punca kepada asbab kematiannya.  Allahyarham Pian mengalami masalah jantung sejak tahun 2018 tetapi tidak pernah buat rawatan susulan.

“Arwah cuma makan ubat sahaja. Sejak kebelakangan ini, kesihatan arwah juga memang agak merosot dan selalu mengadu sakit dada”.

Daripada perkongsaian yang dipercayai , Allahyarham Pian pernah dirawat di Hospital Kuala Lumpur seawal 3 pagi pada 17 Oktober 2018 akibat sesak nafas.

Dan Susulan daripada kejadian itu, pelawak berusia 52 tahun itu juga difahamkan perlu membuat rawatan angiogram yang mana kos perubatannya mencecah RM5,000.

Diberitahu bahawa Jenazah Pian kini diuruskan oleh pihak surau berdekatan kediaman mereka di Taman Dato’ Senu, di ibu kota dan akan dikebumikan pada pagi ini.


Sekadar info, Allahyarham Pian mula menempa nama dalam industri hiburan menerusi rancangan TV popular, Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 90-an sebelum menyertai kumpulan lawak Cecupak dan pernah menjadi penghibur yang digemari kerana telatahnya yang mencuit hati.

 

Disclaimers – Bahan yang admin share diatas merupakan panduan dan ringkasan artikel berkaitan dengan “Pian Cecupak Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung.” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia