Piala Pertama PSG Musim Ini!


Paris Saint-Germain F.C. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

PSG Merampas Semula Trophee des Champions

Christophe Galtier memuji kemahuan tinggi Paris Saint-Germain (PSG) selepas mereka memenangi Trophee des Champions dengan kemenangan 4-0 ke atas Nantes, semalam.

Piala Pertama PSG Musim Ini!

Lionel Messi yang diumumkan Pemain Terbaik Perlawanan ketika itu telah membuka tirai jaringan di Stadium Bloomfield di Tel Aviv sebelum Neymar menggandakan kelebihan mereka dengan sepakan percuma yang menarik.

Sergio Ramos kemudian menokok gol ketiga sebelum Neymar mencetak gol kedua peribadinya menerusi sepakan penalti lewat permainan selepas insiden yang menyaksikan Jean-Charles Castelletto dibuang padang.


PSG merampas semula Trophee des Champions selepas rentetan lapan kejuaraan musim mereka berkecai di tangan Lille musim lalu, lantas Galtier gembira dengan rentak pasukannya dalam perlawanan kompetitif pertamanya itu.

Piala Pertama PSG Musim Ini!

“Kami menyajikan satu perlawanan yang sangat serius dan saya gemar dengan hakikat bahawa kami mendekati perlawanan ini dengan kemahuan dan keazaman yang tinggi,” katanya kepada Amazon Prime Video.

“Kami mencipta beberapa peluang menarik pada awal permainan dan pihak lawan cuma mempunyai satu atau dua peluang.

“Kami tekad dan saya melihat pemain berusaha keras dan itu penting bagi saya. Ini adalah satu kemenangan yang hebat. Adalah bagus untuk membawa trofi ini kembali ke Paris.”

Penafian – Semua yang admin kongsikan diatas sekadar tutorial dan ringkasan artikel related dengan “Piala Pertama PSG Musim Ini!” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.