Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 – Thailand, Indonesia Ke Separuh Akhir!


Thailand dan Indonesia masing-masing menepati ramalan untuk mara ke pusingan separuh akhir saingan Piala AFF 2022 selepas masing-masing mencatat kemenangan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan A.

Bagaimanapun nasib jelas memihak kepada Thailand yang muncul juara kumpulan selepas menumpaskan Kemboja 3-1 untuk mengumpul kelebihan jaringan mengatasi Indonesia yang merekodkan kemenangan 2-1 ke atas Filipina.

Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 - Thailand, Indonesia Ke Separuh Akhir! 1

Aksi di Stadium Nasional Thammasat, Bangkok menyaksikan penyerang veteren Teerasil Dangda terus menambah koleksi jaringannya dalam kejohanan rantau Asia Tenggara ini apabila menyumbang dua gol di setiap penghujung babak separuh masa.

Sila Baca Disini : Liverpool Dimalukan Oleh Brentford!

Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 – Thailand, Indonesia Ke Separuh Akhir!


Satu lagi gol skuad Gajah Perang dijaringkan oleh Sumanya Purisai pada minit ke-50, sementara gol tunggal Kemboja pula terhasil pada minit ke-68 menerusi Sieng Chanthea.

Indonesia pula dilihat selesa mendominasi aksi di Stadium Memorial Rizal dengan mendahului pada minit ke-20 selepas Dendy Sulstyawan menanduk masuk balingan Pratama Arhan dari sebelah kiri menewaskan penjaga gol Anthony Pinthus.

Gol kedua skuad Garuda terhasil dua minit sebelum tamat separuh masa pertama menerusi pemain berusia 18 tahun Marselino Ferdinan.

Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 - Thailand, Indonesia Ke Separuh Akhir! 2

Filipina berhasil mendapatkan gol pada minit ke-83 selepas Sebastian Rasmussen bijak mengatasi kawalan dua pertahanan untuk menanduk masuk hantaran kapten pasukan Stephan Schrock bagi merapatkan kedudukan.

Indonesia mungkin terpaksa menyalahkan diri sendiri apabila gagal menambah jaringan pada penghujung perlawanan meskipun mendapat beberapa peluang keemasan.

Thailand dan Indonesia masing-masing mengumpul 10 mata selepas empat perlawanan dan kini perlu menantikan keputusan melibatkan kumpulan B, namun Vietnam dilihat memiliki kelebihan untuk muncul juara kumpulan.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3