Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 – Harimau Malaya Sudah Bersedia!


Harimau Malaya berada di tahap terbaik untuk melakar kemenangan ke atas Singapura dalam aksi terakhir Kumpulan B, Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada hari esok.

Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 - Harimau Malaya Sudah Bersedia! 1

Pemain tengah skuad negara, Mukhairi Ajmal Mahadi, berkata semua pemain Harimau Malaya sudah melupakan episod kekecewaan selepas tewas 0-3 kepada Vietnam.

Menurutnya, mentaliti pemain juga sudah pulih dan yakin insiden keputusan kontroversi pengadil, Ryuji Sato dalam perlawanan di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada Selasa lalu tidak akan terus menghantui pasukan.

Sila Baca Disini : Cristiano Ronaldo Ke Arab Saudi!

Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 – Harimau Malaya Sudah Bersedia!


“Semua pemain dah ‘move on’. Selepas game memang agak sedih tetapi itulah bola sepak, ada kalah atau menang. Tetapi sudah tentu kmai nak fokus untuk perlawanan menentang Singapura.

“Mentaliti pemain juga semua baik. Semua pemain sudah bersemangat dan kami perlu pastikan kemenangan untuk layak ke separuh akhir,” katanya.

Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 - Harimau Malaya Sudah Bersedia! 2

Skuad negara ketika ini berada di kedudukan ketiga Kumpulan B dengan enam mata dibezakan satu mata dengan Singapura di kedudukan kedua dan pendahulu kumpulan, Vietnam.

Dalam pada itu, Mukhairi turut mengingatkan rakan sepasukannya untuk berhati-hati dengan Singapura, yang turut menjadi antara pasukan terkuat dalam Kumpulan B.

Dalam masa sama, tonggak penting Selangor FC itu juga menanam tekad untuk cuba merobek gawang Singapura dalam perlawanan terakhir itu nanti.

“Saya rasa apa yang lebih penting ialah kami perlu berhati-hati dan ambil peluang ini sebaik mungkin untuk layak ke separuh akhir.

“Untuk menjaringkan gol pula, saya rasa semua pemain boleh jaringkan gol. Mungkin peluang saya nak jaringkan gol itu ada, cuma belum ada rezeki lagi.

“Kalau lawan Singapura ini ada peluang lagi, saya akan cuba jaringkan gol,” katanya.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3