Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 – Fasal Halim Kekal Positif!


Penyerang sensasi Harimau Malaya, Faisal Halim, tidak gentar memikul beban besar selaku penyerang yang mencetuskan gerakan berbahaya dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Piala AFF bertemu Myanmar, Rabu ini.

Berdasarkan prestasi bagus yang dijelmakan ketika berdepan Kemboja dan Maldives dalam fasa persiapan, Faisal mengingatkan rakan sepasukannya tentang objektif utama di Yangon adalah mengutip tiga mata berharga, bukannya kenduri gol semata-mata.

Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 - Fasal Halim Kekal Positif! 1

Faisal sedar tahap kemampuan skuad Myanmar ketika ini terbatas memandangkan pasukan kendalian Antoine Hey itu tewas 0-6 kepada Thailand dalam perlawanan pemanas badan, dua minggu lalu.

Sila Baca Disini : Nilai Hadiah Piala Dunia Qatar!

Fasal Halim Kekal Positif!


Justeru, Faisal menyeru taruhan terbaik Harimau Malaya agar menjelmakan semangat juang tinggi demi mencari momentum positif untuk dibawa pulang ke tanah air bagi pertemuan dengan Laos, Sabtu ini.

Apa yang penting, pemain yang diberi peluang beraksi harus mempertahankan kualiti penyudah serta kombinasi gerakan yang mampu menjerat barisan terakhir Myanmar.

“Gol bukan faktor yang kami pentingkan. Kami pentingkan macam mana untuk atasi tekanan dalam perlawanan.

“Kalau menang 1-0 pun dah cukup, sekurang-kurangnya tiga mata untuk bermain perlawanan kedua tanpa tekanan.

Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 - Fasal Halim Kekal Positif! 2

“Kami perlu kerja keras dalam perlawanan pertama dan uji kekuatan sebenar,” katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum bertolak ke Yangon semalam.

Dalam pada itu, Faisal menyeru wajah baru Harimau Malaya menzahirkan keterujaan luar biasa menyarung jersi kebangsaan agar jangan sesekali memandang mudah cabaran Myanmar yang masih berduka atas kekalahan pada aksi terakhir pemanas badan.

“Saya harap karakter kami makin kuat, tidak kira dengan siapa kami berdepan. Mental perlu dijaga rapi supaya fizikal akan kekal kuat ketika beraksi.

“Pemain yang diberi peluang perlu menggunakan kesempatan ini untuk berikan aksi yang terbaik dan jadikan batu loncatan untuk masa depan pemain itu sendiri.

“Ini masa sebenar untuk pemain buktikan bahawa kami layak dalam pasukan ini serta mampu untuk memikul cabaran demi pasukan negara,” katanya lagi.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3