Piala Dunia Qatar – Samurai Biru Bangkit Tewaskan German!


Jepun mengekalkan status pasukan Asia sebagai pembunuh gergasi dalam Piala Dunia Qatar 2022 apabila menewaskan Jepun 2-1 dalam perlawanan Kumpulan E di Stadium Antarabangsa Khalifa semalam.


Piala Dunia Qatar - Samurai Biru Bangkit Tewaskan German! 1
Selepas Arab Saudi mencipta kejutan dengan menewaskan pasukan pilihan, Argentina, 2-1 semalam, kini gelaran Jepun melakukan perkara sama ke atas Jerman dengan skrip yang hampir serupa.

Jika Lionel Messi membuka jaringan menerusi sepakan penalti pada awal babak pertama semalam, hari ini, Ilkay Gundogan turut membuka jaringan buat Jerman pada minit ke-33, juga menerusi sepakan penalti.

Sila Baca Disini : Faisal Halim Tinggalkan Terengganu!


Piala Dunia Qatar – Samurai Biru Bangkit Tewaskan German!

Bagaimanapun, keyakinan Die Mannschaft bimbingan Hansi Flick mula goyah apabila Jepun mempamerkan aksi lebih tersusun dan berdisiplin dalam separuh masa kedua.

Dan keyakinan itu mula runtuh sebaik pemain gantian, Ritsu Doan, menyamakan kedudukan pada minit ke-75.

Piala Dunia Qatar - Samurai Biru Bangkit Tewaskan German! 2
Tergugat dengan jaringan itu, Jerman mula menukar gaya pemain ‘santai’ mereka untuk melakukan lebih serangan tetapi segalanya kelihatan tidak menjadi.


Jerman akhirnya menerima padah apabila seorang lagi pemain gantian, Takuma Asano, meledakkan gol kemenangan Samurai Biru susulan satu hantaran jauh daripada sepakan percuma, di mana dia bijak menewaskan Manuel Neuer dari sudut sukar di sebelah kiri penjaga gol itu.

Jepun seterusnya akan meneruskan saingan peringkat kumpulan dengan menentang Costa Rica manakala Jerman pula akan berentap dengan satu lagi pasukan pilihan, Sepanyol.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3