Piala Dunia Qatar – Ronaldo Catat Rekod Baharu Portugal!

Portugal berjaya mengekang tekanan diberikan Ghana terutamanya pada lewat permainan untuk mencatatkan kemenangan 3-2 pada aksi sulung kumpulan H Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Ras Abu Aboud, Qatar malam tadi.

Piala Dunia Qatar - Ronaldo Catat Rekod Baharu Portugal! 7
Kemenangan tersebut meletakkan skuad kendalian Fernando Santos itu ditangga teratas kumpulan selepas satu lagi aksi menemukan Uruguay dan Korea Selatan berakhir tanpa jaringan.

Cristiano Ronaldo hampir meletakkan Portugal dihadapan pada minit ke-10 tetapi sentuhan pertamanya selepas menerima bola daripada rakan sepasukan ekoran kesilapan pemain Ghana kurang kemas hingga menyebabkan beliau gagal menyudahkan situasi satu lawan satu dengan penjaga gol, Lawrence Ati-Zigi.

Sila Baca Disini : Piala Dunia Qatar – Korea Selatan Ikat Uruguay!

Piala Dunia Qatar – Ronaldo Catat Rekod Baharu Portugal!

Tiga minit kemudian, Ronaldo mendapat umpanan lintang baik daripada Raphael Guerreiro dihadapan pintu gol lawan tetapi tandukannya sedikit tersasar di sebelah kiri.

Memasuki minit ke-31, penyerang berpengalaman itu sudah berjaya membocori gawang Ghana tetapi gol tersebut dibatalkan kerana beliau didakwa mengasari pemain pertahanan, Alexander Djiku.

Piala Dunia Qatar - Ronaldo Catat Rekod Baharu Portugal! 8

Jaringan yang dinantikan Portugal menjelma pada minit ke-65 apabila Cristiano Ronaldo menyudahkan sepakan penalti susulan kekasaran dilakukan Mohammed Salisu terhadapnya dalam kawasan penalti.

Gol tersebut menjadikan beliau sebagai pemain pertama yang berjaya menjaringkan gol pada lima edisi Piala Dunia berbeza (sejak 2006 di Jerman).

Kedudukan kemudiannya kembali terikat pada minit ke-73 selepas Andrew Ayew menolak masuk bola hasil hantaran lintang Mohammed Kudus berikutan kealpaan jentera pertahanan Portugal.

Aksi bertambah menarik pada lewat permainan dimana Portugal sekali lagi dihadapan menerusi jaringan Joao Felix yang menyempurnakan peluang terhidang susulan hantaran baik daripada Bruno Fernandes pada minit ke-78.

Dua minit kemudian, pemain gantian, Rafael Leao menambah jaringan ketiga buat Portugal selepas beliau tenang menolak masuk bola hasil satu lagi gerakan dimulakan oleh Fernandes bagi mengukuhkan kedudukan.

Piala Dunia Qatar - Ronaldo Catat Rekod Baharu Portugal! 9
Ghana yang masih belum berputus-asa dengan kedudukan tersebut berjaya mendapatkan jaringan pada minit ke-89 hasil tandukan dilakukan pemain gantian, Osman Bukari yang mengayakan jaringan seperti Ronaldo.

Masa kecederaan sembilan minit yang diberikan menyaksikan Ghana berusaha keras untuk mendapatkan jaringan penyamaan malah hampir melakukannya ekoran kecuaian penjaga gol, Diogo Costa tetapi keputusan 3-2 itu kekal hingga tamat permainan.

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3