Piala Dunia Qatar – Messi Pecahkan Segala Rekod!


Umum mengetahui ini merupakan edisi terakhir Piala Dunia yang telah disertai oleh bintang bola sepak dunia iaitu Lionel Messi, selepas beliau sendiri telah mengesahkannya seketika dulu.

Messi yang melalui zaman-zaman kegemilangannya sebelum itu seolah mesin tidak pernah ditelan dek faktor usia dan sentiasa memberikan segalanya terbaik buat pasukan sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Piala Dunia Qatar - Messi Pecahkan Segala Rekod! 1

Sesuatu yang istimewa pastinya ingin dilakar oleh pemain berusia 35 tahun itu selepas Argentina berjaya melangkah ke final dan hanya Piala Dunia sahaja masih belum dirasai Messi sehingga kini.

Sila Baca Disini : Pengurus Portugal Letak Jawatan!

Piala Dunia Qatar – Messi Pecahkan Segala Rekod!


Beliau dilihat sebagai antara calon utama ketika ini yang bersaing bersama Kylian Mbappe untuk merebut takhta peribadi selaku penjaring terbanyak Piala Dunia 2022, serta status pemain terbaik kejohanan tersebut.

Menuju ke final, Messi sebenarnya telah pun melakar beberapa rekod peribadi beliau yang boleh dianggap sangat hebat dan mungkin sukar untuk diatasi mana-mana pemain lain pada masa akan datang.

Catat minit permainan kedua terbanyak Piala Dunia:

Messi berpeluang untuk lakar sejarah baharu sebagai pemain paling banyak cipta kemunculan dalam saingan Piala Dunia. Ketika ini, rekod beliau sama seperti bekas pemain legenda, Lothar Matthaus yang membuat penampilan sebanyak 25 perlawanan.

Rekod baharu bakal tercipta jika Messi bermain pada perlawanan final ini untuk meminta Matthaus dengan 26 penampilan aksi dalam saingan Piala Dunia.

Penampilan terbanyak selaku kapten pasukan:

Sehingga kini, Messi telah pun memecahkan rekod selaku penampilan terbanyak sebagai kapten dalam kejohanan tersebut.

Rekod itu dilakar selepas Messi beraksi pada perlawanan separuh akhir lalu ketika menentang Croatia untuk memintas kedudukan kapten Mexico iaitu Rafael Marquez dengan tampil sebanyak 18 kali.

Bantuan gol terbanyak:

Untuk rekod, Pele masih lagi memegang gelaran ini dengan mencipta bantuan jaringan sebanyak 10 kali sepanjang penampilan beliau terdahulu dalam kejohanan berprestij itu.

Kini, ianya mungkin akan dikongsikan bersama Messi atau dipintas pemain tersebut yang telah mencipta sembilan bantuan gol buat Argentina. Malah, Messi juga menjadi satu-satunya pemain yang mencipta bantuan gol dalam lima perlawanan berbeza untuk saingan Piala Dunia.

Lakar rekod terbanyak untuk gelaran pemain terbaik perlawanan:

Salah satu pencapaian terbaik Messi sepanjang beraksi dalam kejohanan Piala Dunia adalah beliau sering mendapat gelaran pemain terbaik perlawanan, selepas mempamerkan aksi terbaik 90 minit di atas padang.

Piala Dunia Qatar - Messi Pecahkan Segala Rekod! 2

Untuk rekod kejohanan ini sahaja Messi telah merekodkan empat kali gelaran tersebut, setelah berjaya mempamerkan kualiti permainan bermutu tinggi untuk membantu Argentina mencatat kemenangan.

Rekod terkini menyaksikan Messi telah mengumpul sembilan kali gelaran tersebut sepanjang penyertaan beliau dalam Piala Dunia untuk mengetepikan Cristiano Ronaldo (7) dan Arjen Robben (6).

Banyak lagi rekod-rekod lain telah dihasilkan oleh pemenang Ballon d’Or tujuh kali ini seperti penjaring terbanyak bola sepak lelaki dari Amerika Selatan, tonggak termuda yang meledak gol serta menjadi kapten Piala Dunia, dan salah seorang pemain beraksi dalam lima edisi kejohanan Piala Dunia berbeza.

Kejayaan-kejayaan dilakar Messi ini pastinya hadir menerusi usaha beliau yang berterusan serta rasa tanggungjawab beliau sendiri untuk negara bagi melakar rekod tersebut.

Kini segalanya terserah buat pemain tersebut untuk mencipta sejarah terbaharu buat dirinya dalam aksi final Piala Dunia menentang Perancis tidak berapa lama lagi.

Suka atau benci, Messi sendiri telah memahatkan nama selaku antara pemain bola sepak paling digeruni dalam sejarah dunia.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3