Piala Dunia Qatar – Karim Benzema Bakal Terlepas Semua Aksi Perlawanan!


Pemenang Ballon d’Or 2022, Karim Benzema mungkin akan terlepas Piala Dunia 2022. Pemain itu dilaporkan  cedera di pergelangan paha.


Piala Dunia Qatar - Karim Benzema Bakal Terlepas Semua Aksi Perlawanan! 1
Beberapa laporan menyebut bahawa pemain itu bakal terlepas perlawanan awal Perancis dan masih berada dalam pasukan.

Tetapi menyusul beberapa laporan lain menyatakan Benzema kemungkinan akan terlepas kesemua aksi Piala Dunia 2022.

Sila Baca Disini : JDT Tempah Final Piala Malaysia!


Piala Dunia Qatar – Karim Benzema Bakal Terlepas Semua Aksi Perlawanan!

Sebelum ini Karim Benzema menyatakan kegembiraannya akhirnya berjaya mewakili negaranya dalam Piala Dunia, sebagai pemain utama pasukan.

Benzema berada dalam prestasi terbaiknya dalam beberapa musim ini dan menjadi ayam tambatan untuk Perancis di bahagian serangan.

Kini impiannya untuk bermain di Piala Dunia 2022 kelihatan semakin musnah.


Piala Dunia Qatar - Karim Benzema Bakal Terlepas Semua Aksi Perlawanan! 2
Benzema mengalami kecederaan tersebut ketika sesi latihan pasukannya. Beberapa hari lalu, Perancis kehilangan khidmat Nkunku yang mengalami kecederaan ketika latihan pasukan.

Benzema menambahkan lagi senarai kecederaan pasukan Perancis. Di mana sebelum ini, Didier Deschamps turut kehilangan N’golo Kante, Presnel Kimpembre, Mike Maignan, Nkunku dan Paul Pogba.

Perancis dalam misi mempertahankan Piala Dunia mereka selepas menjuarainya pada edisi 2018 yang lalu. Mereka dianggap salah sebuah pasukan pilihan untuk pentas pertandingan pada kali ini.


Kini Perancis bergantung sekali lagi kepada Olivier Giroud, Antoine Griezmann dan Kylian Mbappe. Gandingan yang pernah memberikan mereka kejayaan Piala Dunia pada 2018 yang lalu.

Adakah Perancis akan berjaya dalam misi mereka mempertahankan Piala Dunia pada tahun ini?




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3