Piala Dunia Qatar – England Terlalu Kuat Buat Iran!


England memulakan kempen Piala Dunia 2022 dengan penuh bergaya selepas menundukkan Iran 6-2 pada aksi kumpulan B yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha malam tadi.


Piala Dunia Qatar - England Terlalu Kuat Buat Iran! 1
Turun dengan barisan terkuat dalam usaha untuk memperbaiki pencapaian edisi lalu di Rusia dengan menduduki tempat keempat, England terus mendominasi permainan sebaik aksi dimulakan pengadil dari Brazil, Raphael Claus.

Permainan dihentikan hampir 10 minit selepas penjaga gol Iran, Alireza Beiranvand terpaksa menerima rawatan susulan pelanggarannya bersama rakan sepasukan sehingga menyebabkan beliau digantikan dengan Seyed Hossein Hosseini.

Sila Baca Disini : Selangor Ke Final Piala Malaysia Bertemu JDT!


Piala Dunia Qatar – England Terlalu Kuat Buat Iran!

Jaringan pembukaan skuad kendalian Gareth Southgate itu hadir pada minit ke-35 apabila Jude Bellingham melonjak tinggi untuk menanduk masuk bola hasil hantaran lintang dilakukan Luke Shaw.

Berselang lapan minit kemudian, giliran Bukayo Saka pula meletakkan nama selaku penjaring gol hasil percubaan voli kaki kirinya yang tidak mampu dihalang Seyed Hossein.

Piala Dunia Qatar - England Terlalu Kuat Buat Iran! 2
England terus gagal ketika memasuki masa kecederaan babak pertama dimana Raheem Sterling menolak masuk bola hasil hantaran lintang cantik dilakukan Harry Kane menerusi satu serangan balas pantas.


Kelebihan tiga gol itu tidak dihiraukan barisan pemain England untuk terus menambah jaringan dan usaha mereka menjadi kenyataan pada minit ke-62 juga menerusi Saka.

Saka yang menerima umpanan daripada Sterling dengan tenang melepasi kawalan tiga pertahanan Iran dan kemudiannya melakukan percubaan placing dalam kawasan penalti bagi menjadikan kedudukan 4-0.

Kem Iran melonjak kegembiraan berselang tiga minit kemudian selepas rembatan padu Mehdi Taremi setelah menerima lorongan Ali Ghoziladeh berjaya menewaskan penjaga gol, Jordan Pickford.


Piala Dunia Qatar - England Terlalu Kuat Buat Iran! 3
Langkah Southgate membawa masuk Marcus Rashford bagi menggantikan Saka juga menunjukkan hasil apabila pemain Manchester United itu mudah menolak masuk bola setelah menerima hantaran daripada Kane.

Tidak cukup dengan itu, seorang lagi pemain gantian, Jack Grealish menambah gol keenam buat England selepas beliau menerima hantaran ‘cutback’ daripada Callum Wilson.

Aksi pada masa kecederaan yang diberikan selama 10 minit menyaksikan Iran telah dihadiahkan sepakan penalti dan Taremi tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan sepakan tersebut.


Kemenangan 6-2 itu jelas memberikan tonik berguna buat England menjelang pertemuan kedua menentang Amerika Syarikat pada 26 November nanti.

Sementara itu, Iran pula akan bertemu Wales pada aksi kedua pada 25 November.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3