Piala Dunia Qatar – Bola Sepak Terkadang Tidak Adil!


Lionel Scaloni berkata Lionel Messi berazam untuk menikmati Piala Dunia terakhirnya dan akan mencurahkan segala-galanya demi menamatkan penantian selama 36 tahun Argentina untuk menjulang trofi itu.

Piala Dunia Qatar - Bola Sepak Terkadang Tidak Adil! 1
Argentina kali terakhir dinobatkan sebagai juara dunia ketika Diego Maradona mencetuskan inspirasi kejayaan di Mexico pada 1986 dan sejak itu mereka tumpas dalam perlawanan akhir 1990 dan 2014.

Scaloni berkata tiada siapa boleh menjanjikan pasukan itu akan menikmati kejayaan di Qatar sambil mengatakan bahawa bola sepak kadangkala tidak adil.


Sila Baca Disini : Piala Dunia Qatar – Denmark ‘The Giant Killer’?

Piala Dunia Qatar – Bola Sepak Terkadang Tidak Adil!

Namun, beliau masih berasakan keinginan Messi yang membara pada usia 35 tahun dek kerana kekurangan trofi Piala Dunia dalam rekod kerjayanya selepas memenangi deretan kejuaraan bersama Barcelona dan Paris Saint-Germain (PSG) termasuk tujuh anugerah Ballon d’Or.

Kejayaan dalam Copa America tahun lalu menghadiahkan Messi trofi antarabangsa sulungnya tetapi Piala Dunia tetap yang paling diidam-idamkannya.


“Saya lihat dia sama seperti biasa, sangat bagus dan tidak sabar untuk menikmati Piala Dunia,” katanya di Abu Dhabi malam tadi.

Piala Dunia Qatar - Bola Sepak Terkadang Tidak Adil! 2
“Dia sedar dengan apa yang dimaksudkan untuk menyarung jersi ini dalam Piala Dunia.

“Dia dan rakan sepasukannya benar-benar menikmati kemudahan latihan dan tempat tinggal kami di sini. Saya fikir proses itu penting.”


Messi, yang memenangi Bola Emas pada 2014 sebagai pemain terbaik kejohanan, baru-baru ini memuji Scaloni atas kepimpinan serta pengurusan kemanusiaannya dan mereka saling menghormati antara satu sama lain.

“Saya fikir ia mencerminkan hubungan baik yang kami ada dan bagaimana saya sebagai jurulatih,” tambahnya.

Lionel Messi menamakan Brazil, Perancis dan England sebagai pilihannya untuk menjuarai Piala Dunia di Qatar.


Piala Dunia Qatar - Bola Sepak Terkadang Tidak Adil! 3
“Setiap kali kami bercakap tentang calon juara, kami sentiasa bercakap tentang pasukan yang sama,” kata Messi kepada Persekutuan Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL).

“Jika saya perlu meletakkan beberapa nama, saya rasa Brazil, Perancis dan England sedikit menyerlah daripada pasukan lain.

“Tetapi Piala Dunia sangat sukar dan rumit hinggakan apa juga boleh berlaku.”


Keenam-enam gol Messi dalam Piala Dunia setakat ini disumbat di peringkat kumpulan dan dia menemui penyudah dalam 756 minit permainan pusingan kalah mati temasya itu.

Bagaimanapun, Messi berada dalam prestasi terbaik ketika Argentina menamatkan saingan sebagai naib juara kepada Jerman lapan tahun lalu apabila menyumbang kepada 63 peratus gol pasukannya dalam kempen di Brazil (empat gol dan satu bantuan jaringan).




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3