Petua Untuk Elak Makanan Melekat Pada Kuali Dan Buat Ikan Goreng Lebih Garing Serta Rangup


Makanan bergoreng sememangnya sangat sedap apabila digoreng dengan sempurna dan tidak rangup malan menjadi salah satu hidangan kegemaran semua orang.

Malah menjadi salah satu hidangan popular dengan pelbagai resepi untuk mempelbagaikan rasa agar masakan bergorang sentiasa menjadi pilihan ramai.

Namun apabila penyediaan makanan dilakukan dan makanan melekat semasa menggoreng menyebabkan makanan tersebut tidak sempurna dan merosakkan “mood ” si tukang masak.

Makanan bersifat lembut seperti ikan selalunya berlaku seperti itu ketika masak , adalakanya ikan jadi hancur hingga tiada selera untuk memakannya .

BACA INI : Rendam Beras Basmathi Dengan Garam, Petua Nasi Lembut Elok Masak Sekata Cantik Berderai!

Beberapa Petua


Terdapat beberapa petua untuk mengelakkan makanan melekat pada kuali ketika memasak malah makanan menjadi lebih rangup dan semestinya sedap untuk santapan seisi keluarga.

Petua 1 :

Petua Untuk Elak Makanan Melekat Pada Kuali Dan Buat Ikan Goreng Lebih Garing Serta Rangup 1

Masukkan minyak ke dalam kuali dan kemudian panaskan. Setelah minyak betul – betul panas, taburkan sedikit garam ke dalam kualti tersebut.Biarkan seketika dan kemuadian barulah gorengkan makanan seperti ayam , ikan , tauhu , daging atau sebagainya.

Petua 2 :

Petua Untuk Elak Makanan Melekat Pada Kuali Dan Buat Ikan Goreng Lebih Garing Serta Rangup 2

Selain daripada garam , boleh juga gunakan beberapa keping asam gelugor ke dalam minyak panas semasa minyak sedang panas. Petua ini boleh membuatkankan gorengan  menjadi lebih garing dan enak sekali.

Petua 3 :

Petua Untuk Elak Makanan Melekat Pada Kuali Dan Buat Ikan Goreng Lebih Garing Serta Rangup 3

Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng asam jawa dalam minyak yang panas hingga garing. Kemudian keluarkan asam jawa dan tambahkan minyak lagi ke dalam kuali dan boleh menggoreng makanan seperti biasa.

Petua 4 :

Petua Untuk Elak Makanan Melekat Pada Kuali Dan Buat Ikan Goreng Lebih Garing Serta Rangup 4

Setelah minyak panas, masuk 2-3 ketul bawang putih ke dalam minyak tadi kemudian baru masukkan makanan yang hendak digoreng dan gerenti makanan tidak melekat.

Petua 5 :

Perapkan makanan yang hendak digoreng dengan sedikit cuka atau air limau nipis dan goreng seperti biasa . Makanan tidak akan melekat dan gorengannya lebih enak malah minyak juga tak menyerap terlalu banyak ke dalam makanan

.*Untuk dapatkan makanan yang garing dan rangup pastikan minyak panas semasa memasukkan gorengan dan pastikan girengn dipaling secara kerap agar tidak hangus dan terlalu garing sehingga merosakkan rasa makanan.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3