Petua Mujarab Untuk Kebahkan Demam Panas Kanak-Kanak

Akhir-akhir ini, ramai kanak-kanak yang mengalami demam panas.

Demam ini adalah disebabkan banyak faktor seperti cuaca yang tidak menentu, kadang kala panas dan hujan.

Tambahan pula kini, kita didedahkan dengan virus covid-19, maka kita harus lebih menjaga kesihattan dan keselamatan diri dan keluarga.

Berikut kami kongsikan petua-petua mujarab orang dulu-dulu merawat anak yang mengalami demam panas:

Petua Kebahkan Demam:


Petuanya adalah:

Petua 1. Letak Kain Basah Di Dahi: 

Basahkan kain dan letakkan di atas dahi dan juga belakang leher.

Petua 2. Pakai Stokin Basah:

Memakai stokin basah juga adalah salah satu petua orang lama.

Rendam kaki ke dalam air panas, dan rendamkan sepasang stoking dalam air sejuk.

Kemudian perahkan dan sarungkan pada kaki. Lapiskannya dengan stoking yang kering.

Cara ini akan meredakan demam dengan menyalurkan darah ke bahagian kaki.

Petua 3. Makan Makanan Pedas:

Memakan makanan yang pedas.

Rasa pedas pada cili akan membuatkan anda berpeluh dan menggalakan peredaran darah yang cepat.

Petua 4. Bancuhan Air Asam Jawa:

Membantu bagi meredakan suhu yang panas

Bancuhkan asam jawa bersama dengan sedikit air, kemudian ramas asam jawa tersebut.

Kemudian letakkan air bancuhan asam jawa itu di ubun-ubun kepala sebelum tidur.

Petua 5. Kerap Minum Air:

Banyakkan meminum air kosong sebanyak 8 hingga 12 gelas sehari.

Badan yang panas akan menyebabkan tubuh badan menjadi kering dan kurang air.

Petua 6. Mandi Dengan Kerap:

Mandi dengan kerap dapat mengurangkan suhu badann.

Mandi bermula dari kaki dan keatas supaya wap panas tu keluar di kepala.

7. Minum Air Kelapa Muda:

Air kelapa muda mempunyai elektrolit tinggi yang berkesan untuk menurunkan suhu badan.

Kekerapkan minum air kelapa muda tanpa gula dapat mengurangkan suhu badan.

Cara Untuk Elak Demam:


Berikut merupakan cara untuk elak demam:

  1. Makan vitamin c.
  2. Minum air secukupnya.
  3. Elakkan berada ditempat yang sesak.
  4. Elakkan mendekati orang yang sakit.
  5. Kerap bersihkan tangan.

Kesimpulannya:


Kesihatan hendaklah dijaga kerana mencegah lebih baik dari mengubati.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3