Petua Hilangkan Cacing Pada Kanak-Kanak


Kecacingan sering berlaku kepada anak-anak kecil kerana mereka terdedah kepada tabiat harian yang kurang bersih seperti tidak mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, tidak memakai selipar atau bermain tanah atau pasir tanpa dipantau oleh orang dewasa.

Ini juga berlaku melalui pemakanan apabila sayur atau buah-buahan yang tidak dibasuh dengan betul menyebabkan telur cacing masih berada pada makanan tersebut dan mengakibatkan kecacingan.

Bukan sahaja pada kanak-kanak, bayi turut cenderung dijangkiti cacing kerana suka memasukkan jari ke dalam mulut selepas bermain dengan sesuatu. Selain itu , jangkitan cacing juga boleh disebabkan oleh haiwan peliharaan seperti kucing melalui sentuhan.

Malah kanak-kanak yang mengalami kecacingan juga akan merasa cepat penat dan ianya boleh mengganggu perkembangan pemakanan dan juga fizikal kanak – kanak tersebut.

Terdapat cara untuk mengatasi masalah cacing pada anak-anak, mungkin boleh cuba petua yang mudah untuk disediakan ini :

Bahan:
Asam keping
Garam
Air

 

Petua Hilangkan Cacing Pada Kanak-Kanak 2

Cara pemyediaan :
1) Masukkan asam keping dan garam ke dalam periuk.
2) Kemudian masukkan air dan rebus sehingga garam larut.
3) Angkat dan campurkan dengan air biasa dan mandi dengan air tersebut 2 kali dalam sehari setiap pagi dan petang.
4) Amalkan selama dua atau tiga hari.

Insyaallah akan ada perubahan kepada anak yang mana mereka akan lebig berselera untuk makan tanpa dipaksa dan badan akan kembali sihat dan segar.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3