Seperti yang kita tau, bau durian ni memang sangat kuat sehinggakan mampu menusuk hidung kita juga. Tapi mungkin juga tak akan jadi masalah pada yang gemar memakan raja buah ini serta merasakan bau durian adalah antara bau yang paling harum dan menikmatkan. Hihi.
Namun, anda kena ingat bahawa tak semua orang yang suka makan durian tu akan suka baunya juga. Manusia ni sifatnya lain-lain.
Bagi yang tidak menggemari bau durian pula, sudah tentu akan merasa loya dan pening kepala jika terpaksa hidu bau durian ini dalam masa yang agak lama terutamanya dalam perjalanan ke sesuatu tempat yang jauh menggunakan kereta.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Nak-nak pula, durian tersebut di letakkan di dalam bonet kereta. Fuh, bau dia confirm boleh tembus sampai ke driver!
paling teruk, bau durian ini akan kekal di dalam kereta selama berhari-hari jika kita tak buat apa-apa tindakan untuk menghilangkan bau durian yang tengik ini.
Petua Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta
Ini dia 3 petua yang dikongsikan oleh Nor Azihan Md Ghazali yang kita boleh cuba untuk usir terus jauh-jauh bau durian ni dalam kereta kita.
Tangkai durian
Cara mudah, ambil dua atau tiga tangkai durian dan belah hujungnya. Kemudian, lekatkan hujung tangkai itu pada jejari pendingin hawa kereta anda. Biarkan ia di situ selama beberapa hari hingga bau tersebut hilang. Lakukan sekarang baru anda tahu kesannya!
Kopi
Ambil sedikit serbuk kopi dan balut dalam kain kasa atau kain sapu tangan. Biarkan ia semalaman dalam kereta. Serbuk kopi dalam uncang juga boleh digunakan hanya sangkut beberapa uncang pada mana-mana bahagian dalam kereta. Kopi sebenarnya berupaya menyerap bau-bauan secara efektif sama ada dalam kereta, bilik tidur dan bahagian-bahagian bertutup.
Roti
Ambil beberapa keping roti putih seperti jenama Gardenia. Koyakkan kepada beberapa bahagian dan letak merata dalam kereta anda. Biarkan semalaman ya, esoknya anda boleh rasai sendiri keberkesanannya. Roti boleh menyerap bau durian dengan berkesan.
Sumber: fb Pdpnm Kg Lubok Meriam