Petua Halau Semut Menggunakan Bahan Di Rumah Sahaja

Semut adalah haiwan yang dilarang untuk dibunuh. Menurut islam, membunuh semut hukumnya haram. Jika ada sekumpulan semut yang mendatangkan gangguan maka hendaklah dihalau bukanlah dibunuh.

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas radhiallahu anhuma, beliau berkata : “Sesungguhnya Nabi sollallahu ‘alaihi wa sallam telah melarang membunuh empat jenis haiwan yang melata, iaitu semut, lebah, burung Hudhud, dan burung Surad”.(Abu Daud, No. 5262)

Dibawah ada perkongsian dan petua untuk menghalau semut menggunakan bahan yang ada dirumah sahaja.

Baca juga:

1) Kulit Telur.


Langkah 1 : Hancurkan kulit telur.

Langkah 2 : Bakar hingga jadi abu.

Langkah 3 : Tabur pada tempat laluan semut / sarang semut.

2) Dauh Sirih


Semut memang tak suka dengan bau daun sirih.

 Langkah 1 : Ambil beberapa helai daun sirih.
Langkah 2 : Potong kepada beberapa bahagian kecil.
Langkah 3 : Tabur di tempat pengumpulan semut.

3) Cuka


Bau cuka putih ni dapat menghalau semut kerana baunya yang kuat,

 Langkah 1 : Sediakan cuka.
Langkah 2 : Campurkan cuka dengan air.
Langkah 3 : Masukkan dalam botol spray.
Langkah 4 : Spray pada tempat semut berkumpul.

4) Soda Bikarbonat


Petua Halau Semut Menggunakan Bahan Di Rumah Sahaja 1

Bau soda bikarbonat mengganggu deria bau semut, menyebabkan semut beredar ke kawasan lain.

 Langkah 1 : Ambil serbuk soda bikarbonat.
Langkah 2 : Tabur di kawasan semut berkumpul.

5) Serbuk Kopi


Bau serbuk kopi mampu menghalau semut.

 Langkah 1 : Ambil sedikit biji atau serbuk kopi.
Langkah 2 : Letakkan di tempat pengumpulan semut.

6) Air Limau Nipis


Air perah limau nipis dapat mengganggu sistem komunikasi semut.
Langkah 1 : Ambil sebiji limau nipis.
Langkah 2 : Potong kepada 2 bahagian.
Langkah 3 : Perah air perahan limau nipis pada laluan semut.

7) Bunga Cengkih


Bau bunga cengkih dapat menghalau semut.

 Langkah 1 : Ambil beberapa kelopak bunga cengkih.
Langkah 2 : Letak berhampiran sarang semut.

8) Semburan serai wangi.

Serai wangi  mampu menghalau serangga seperti semut, lalat, nyamuk dan lipas.

Petua Halau Semut Menggunakan Bahan Di Rumah Sahaja 2

 Langkah 1 : Sediakan 1 penutup cairan serai wangi.
Langkah 2 : Bancuh bersama air.
Langkah 3 : Isi ke dalam bekas spray.
Langkah 4 : Spray pada tempat semut berkumpul.

9) Bawang  Putih dan chili padi

Ramuan air bawang putih dan cili padi berkesan menghalau serangga termasuk semut.

 Langkah 1 : Ambil beberapa ulas bawang putih dan beberapa biji cili padi.
Langkah 2 : Potong bawang putih dan cili.
Langkah 3 : Campurkan dengan air.
Langkah 4 : Isi ke dalam bekas spray.
Langkah 5 : Spray pada tempat semut berkumpul.

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3