Petisyen Pengeluaran Khas KWSP 2.0 – Rakyat Tuntut Pengeluaran Kali Terakhir!

Petisyen Pengeluaran Khas KWSP 2.0 - Rakyat Tuntut Pengeluaran Kali Terakhir! 2

Masih ramai rakyat Malaysia yang masih mengharapkan agar Pengeluaran Khas KWSP untuk dilaksanakan buat kali terakhir. Sesuai dengan keadaan ekonomi rakyat marhaen yang sedang berdepan dengan kenaikan barang yang berlaku dalam negara ditambah dengan krisis ekonomi global yang berlaku ketika ini.

Kita sedia maklum, memang ramai yang setuju akan cadangan ini, namun masih ramai juga yang kurang bersetuju dengan cadangan ini yang mana akan memberi kesan yang ketara kepada pelaburan dan ekonomi negara. Namun begitu, pendapat tersebut terpulang kepada individu itu sendiri bagaimana tahap penerimaan mereka.


SOKONG PETISYEN PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0


Sebuah petisyen telah diwujudkan untuk melihat seberapa ramai rakyat Malaysia yang menyokong cadangan Pengeluaran Khas 2.0 akan datang ini.

Setakat hari ini, iaitu 18 Julai 2022, sekitar 77,255 orang telah menandatangani atau kata alain menyokong cadangan Pengeluaran Khas KWSP 2.0 melalui petisyen tersebut. Untuk pengetahuan, kempen ini dilancarkan sendiri secara organik oleh rakyat tanpa pengelibatan dari mana-mana parti politik dalam Malaysia.

Jika kita melihat dari situasi tersebut, tanda yang amat ketara daripada golongan ini bahawa mereka sangat menginginkan cadangan tersebut agar diluluskan oleh Kerajaan untuk mereka melangsungkan kehidupan harian yang terkesan dengan keadaan kegawatan ekonomi pada masa sekarang.


PETISYEN TUNTUTAN PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0


Untuk menunjukkan tanda sokongan anda, anda boleh join petisyen DISINI.


Jangan lupa untuk join bersama mereka di Telegram, sekitar 200,000 Rakyat Malaysia telah berkumpul dalam sebuah channel yang memberikan informasi terkini berkenaan bantuan kerajaan dan kerjaya di Malaysia

JOIN TELEGRAM DI SINI


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3