Pesanan Penting Prof Dr Muhaya Buat Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak


Dalam mendidik anak ibu bapa memerlukan panduan agar ianya lebih berkesan dan mempunyai variasi dalam kaedah mendididik agar lebih mengerti cara mendidik yang paling berkesan buat anak – anak kerana berbeza anak berbeza caranya.

Beberapa pesanan daripada pakar motivasi terkenal Profesor Dr. Muhaya dalam mendidik anak-anak dan boleh dijadikan panduan bersama.

1. Kirimkan bacaan Al Fatihah

Jika tiba-tiba teringatkan anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat “iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang ertinya “Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMu pohon pertolongan” mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat.

Habiskan bacaan surah Al Fatihah, doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Sentiasa amalkan doa & pandang wajah anak

Pandang wajah anak semasa dia tidur dan ucapkan bahawa, “ibu hendak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan sewaktu anak tidur kerana waktu ini kita sedang bercakap dengan rohnya. Setiap ucapan ini adalah doa dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Amalkan Solat Hajat di sisi anak

Ketika bangun solat malam , solatlah hajat di sisi anak. Solat dalam bilik anak, dekat dengannya. Jika kita selalu melakukannya dan selalu memberitahu anak yang kita sering mendoakannya, dia akan merasai satu ikatan kasih sayang hakiki yang kita amat sayangkan dirinya serta mahu dia menjadi anak soleh serta solehah.

4. Minta dikasihani

Ucapkan setiap masa bahawa kita sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak menjadi anak yang soleh bermakna dia tak sayangkan  ibu bapanya dan tentunya kita akan merana di alam barzah nanti.

5. Peluk dan cium anak 

Selalu peluk dan cium anak walaupun dia sudah dewasa, sebagaimana kita menatangnya semasa kecil. Peluk dan cium sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya agar anak merasa dirinya berguna dan dihargai.

6. Maafkan anak

Buka hati untuk memaafkan anak setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati. Muhasabbah diri dan beri peluang kepada anak jika dia tidak mengaku salah dan berjanji tidak akan melakukan perkara buruk itu lagi.

 

Pesanan Penting Prof Dr Muhaya Buat Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak 2

 

7. Jaga tutur kata dan tidak malu untuk meminta maaf

Ibu bapa perlu menjada tutur kata dan jangan sekali-kali mengucapkan perkataan yang boleh melukakan hati anak. Jika perkara itu berlaku tanpa disengajakan atau kerana dalam keadaan marah maka segerakanlah diri mencari masa yang sesuai untuk minta maaf pada anak secara peribadi . Mengakulah kesalahan sendiri kerana tidak mahu bersabar dan menjelaskan perkara tersebut yang mana ianya hanya nasihat dan bukanlah bermaksud untuk membenci.

8. Amalkan membaca ayat 40 Surah Ibrahim

Supaya anak – anak dan zuriat termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9.Tekankan kemuliaan peribadi

Selalu ingatkan anak bahawa nama , pangkat dan darjat waima penghafal Quran tiada gunanya  jika tidak mempunyai peribadi yang mulia kerana Allah tidak akan memandang semua  itu tetapi lebih memilih hati yang mulia.

10. Berdoa ketika membasuh beras

Sewaktu membasuh beras niatkan “Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia…..untuk faham agamanya.”

Basuh beras lawan jam ( seperti bertawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W.  dan selalu mengambil peluang memasak untuk anak- anak supaya anak lebih mendengar kata .

11. Berikan kata-kata positif

Sebagai ibu bapa, kita perlu memberi kata-kata positif kepada anak. Apabila memarahi anak-anak, jangan sesekali mengeluarkan kata-kata negatif kerana ianya bakal mempengaruhi anak itu sendiri.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3