Home » Bantuan » Cara Mohon Rumah Pertama, Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM)

Cara Mohon Rumah Pertama, Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM)

Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM)

Anda merupakan penjawat awam? Masih mancari rumah pertama dengan harga yang murah? Penat asyik tengok rumah yang bermula harga dengan 4 dan 5? Hah, Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) ini mungkin solusinya. PPAM adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam.

Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 dan 27 Mac 2013 yang bersetuju supaya dikaji inisiatif untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.

Portal Malaysia ingin berkongsi maklumat, syarat kelayakan dan juga cara permohonan.

Baca juga: Bantuan Sardin Portal Malaysia

NAMA PROJEK

Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM)

HARGA RUMAH

Mengikut Portal Rasmi (PPAM), harga jualan bagi rumah PPAM adalah di antara RM90,000 hingga RM300,000 seunit kepada semua anggota perkhidmatan awam yang layak.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  1. Permohonan ini hanya terbuka untuk mereka yang berkhidmat di bawah:-
    • Perkhidmatan Awam Persekutuan
    • Badan Berkanun Persekutuan
    • Pihak Berkuasa Tempatan
    • Perkhidmatan Awam Negeri
    • Badan Berkanun Negeri
  2. Selain itu, penjawat-penjawat awam yang bertugas hendaklah :-
    • Berwarganegara Malaysia
    • Penjawat Awam (Lantikan tetap ataupun kontrak)
    • Penjawat Awam yang telah bersara, memiliki skim dan kad bersara
    • Moratorium 10 tahun disediakan
    • Boleh memohon lebih dari satu projek

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Pemohon hanya perlu melengkapkan borang profil dan permohonan serta memuat naik dokumen-dokumen berikut:-

  1. Salinan kad pengenalan (depan & belakang)
  2. Salinan kad pengenalan pasangan (sekiranya ia berkaitan)
  3. Salinan slip gaji terkini anda
  4. Salinan kad pesara ( bagi pesara dan permohonan anak pesara)
  5. Salinan surat beranak (bagi permohonan anak pesara)

CARA MEMOHON

  • Bagi semua permohonan PPAM selain Putrajaya hanya boleh dibuat melalui laman web www.ppam.gov.my manakala permohonan bagi projek di Putrajaya boleh dibuat di http://ppam.putrajaya.gov.my/.
  • Tiada borang secara manual diperlukan.
  • Pemohon boleh merujuk manual pengguna dengan cara ini: http://www.ppam.gov.my/themes/ppam-portal/assets/manual/pemohon.pdf
  • Untuk melihat senarai projek perumahan beserta dengan harga yang dibuka pada masa ini, anda boleh layari portal di bawah:- (https://www.ppam.gov.my/project/list)
  • Status permohonan boleh disemak di portal PPAM & melalui aplikasi mobile & rujuk status permohonan:-
    1. Lengkap : Sedang disemak oleh pihak PPAM.
    2. Pengundian Seterusnya : Undian telah dilaksanakan namun permohonan belum berjaya mendapat tawaran, undian semula akan dibuat semula sekiranya terdapat kekosongan pada masa akan datang.
    3. Ditawarkan : Telah berjaya mendapat tawaran untuk projek yang telah dimohon.
    4. Tidak Ditawarkan : Permohonan adalah tidak lengkap / Tidak berjaya dalam Undian.
  • Keputusan permohonan boleh disemak selepas tempoh selepas 14 hingga 30 dari hari iklan ditutup di laman web PPAM & tertakluk kepada jumlah permohonan diterima.

Baca juga: Cara Gantian Kad Pengenalan Melalui Panggilan Telefon, Tidak Perlu Isi Borang

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai projek PPAM ini, anda boleh menghubungi dengan cara dibawah:-

  1. CAWANGAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM MALAYSIA
    BAHAGIAN PENGURUSAN PERUMAHAN
    JABATAN PERUMAHAN NEGARA
    KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
    Aras 35, No.51 Persiaran Perdana
    Presint 4, 62100 Putrajaya
    Malaysia
  2. No telefon: +603-8891 4280 / 4012 / 4241
  3. E-mail : [email protected]
Penafian – Semua yang kami share dihalaman ini merupakan tutorial dan ringkasan artikel related dengan “Cara Mohon Rumah Pertama, Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM)” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!