Pertahanan Termahal Dunia “Harry Maguire” Kini Bakal Di Lelong!

Harry maguire bakal dilelong? Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Terkini terdapat satu laporan dari media Uk melaporkan kelab gergasi Manchester United bersedia untuk menjual kapten kelab itu pada musim perpindahan yang akan datang. Laporan tersebut menyatakan kelab sedang memikirkan penjualan ini kerana prestasi Harry Maguire yang naik turun pada musim ini.

Pertahanan Termahal Dunia "Harry Maguire" Kini Bakal Di Lelong! 8

Kapten pasukan tersebut yang dibeli daripada Leicester dengan harga £80 juta menjadikannya sebagai pemain pertahanan termahal didunia yang dibeli pada musim panas 2019 oleh bekas jurulatih Manchester United, Ole Gunnar Solksjaer. Dek kerana prestasi yang tidak menentu, kelab sudah bersedia untuk membuka rundingan pembelian pemain tersebut.

Pertahanan Termahal Dunia "Harry Maguire" Kini Bakal Di Lelong! 9

Manchester United bersedia untuk mencari penganti pemain tersebut yang bakal berusia 30 tahun pada tahun hadapan. Kritikan yang banyak pada Maguire terhadap aksinya yang lemah pada setiap perlawanan telah menjejaskan reputasi beliau sendiri serta prestasi tersebut dikatakan sesetengah penyokong tidak berpuas hati beliau masih menjawat jawatan sebagai kapten pasukan.

Pertahanan Termahal Dunia "Harry Maguire" Kini Bakal Di Lelong! 10

Beberapa penganalisis bolasepak inggeris juga selalu memberi kritikan yang hebat terhadap prestasi beliau dan mereka juga menyatakan jika Maguire bukan pemain kelahiran inggeris sudah pasti beliau akan dikritik lebih teruk oleh media inggeris. Musim ini sahaja Maguire hanya membantu pasukan mendapatkan clean sheet sebanyak 6 perlawanan sahaja. Laporan tersebut juga mengatakan Manchester United sudah bersedia untuk menerima bidaan yang lebih rendah dari harga asal yang dibelanjakan untuk mendapatkan Maguire pada musim panas lalu.

Adakah para penyokong Red Devils kecewa dengan berita ini atau sebaliknya? sama-sama kita tunggu pada musim baru liga perdana inggeris 2022/2023.

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3