Home » Kesihatan » Persediaan Sebelum Menerima Suntikan Booster (Penggalak)

Persediaan Sebelum Menerima Suntikan Booster (Penggalak)

Dos penggalak merupakan dos tambahan yang perlu diberikan kepada seseorang yang belum mendapat perlindungan mencukupi selepas vaksinasi lengkap namun perlindungan tersebut menurun dari semasa ke semasa.

Seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan, Malaysia telah mengurangkan selang suntikan penggalak vaksin COVID-19 daripada 6 kepada 3 bulan untuk kebanyakan jenis vaksin. Selang 3 bulan untuk penggalak terpakai kepada orang dewasa (18 tahun dan ke atas) yang telah divaksin sepenuhnya dengan Pfizer, AstraZeneca, Sinovac, Moderna, Sinopharm dan CanSino Bio.

Bagi yang telah mendapatkan tarikh janji temu pula, pastikan anda hadirkan diri supaya vaksin tidak berlaku pembaziran vaksin dan mengikut pesanan ini sebelum menerima vaksin dos penggalak.

Persediaan Sebelum Ke Tempat Vaksin:

 

Pesanan Sebelum Menerima Vaksin Dos Penggalak:

  1. Sebelum melakukan vaksinasi dos penggalak COVID-19 anda, pastikan anda mendapatkan tidur dan rehat yang mencukupi.
  2. Sebelum hadir ke pusat PPV, anda digalakkan mengambil sarapan atau makan tengah hari.
  3. Jika anda tidak sihat dan bergejala, adalah lebih baik untuk menjadualkan semula janji temu vaksin anda.
  4. Datang dengan pakaian yang sopan dan sesuai.
  5. Seperti biasa, patuhi SOP seperti pemakaian topeng muka dan menjaga jarak sosial di tempat awam.
  6. Pada hari vaksinasi, anda mesti membawa kad pengenalan anda atau dokumen pengenalan diri.
  7. Pastikan juga anda membawa kad vaksinasi termasuk aplikasi MySejahtera anda sebagai bukti anda telah melengkapkan 2 dos sebelum ini.
  8. Jika MySejahtera anda menunjukkan status berisiko tinggi, anda tidak dibenarkan masuk.

Saranan Jenis Vaksin Dos Penggalak:

Buat masa ini, Pfizer ialah vaksin dos penggalak untuk penerima Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac secara keseluruhannya.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Namun begitu, bagi individu yang divaksin sepenuhnya dengan AstraZeneca, anda dibenarkan untuk mendapatkan AstraZeneca sebagai alternatif manakala penerima Sinovac juga dibenarkan untuk mendapatkan Sinovac sebagai alternatif.

Walau bagaimanapun, ketersediaan vaksin alternatif untuk dos penggalak bagi AstraZeneca dan Sinovac adalah tertakluk kepada ketersediaan dan anda boleh menghubungi pusat vaksinasi terlebih dahulu untuk bertanya.

Pada masa ini, penggalak Sinovac diutamakan untuk individu yang tidak boleh mengambil vaksin Pfizer kerana alahan atau sebab kesihatan.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila baca info tentang Walk-In Vaksin Dos Penggalak (Booster) MySejahtera.

Disclaimers – Bahan artikel admin kongsikan dihalaman ini merupakan panduan dan rujukan artikel berkaitan dengan “Persediaan Sebelum Menerima Suntikan Booster (Penggalak)” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!