Persediaan Diri 100 Hari Menjelang Ramadan


Bulan Ramadan Al Mubarak bakal tiba dalam tempoh kurang dari 100 hari lagi. Inilah bulan yang mengandungi limpahan kemuliaan dan keberkatan. Bulan mulia bagi kita untuk menyempurnakan rukun Islam ketiga iaitu berpuasa.

Bulan ini jugalah diturunkan Al-Quran. Malahan bulan ini juga terkandung satu malam di mana Allah jadikan ia lebih baik dari seribu bulan sepertimana yang disebut surah Al-Qadr.

Marilah sama-sama kita berdoa dan bersedia agar diberi kelapangan dan kesihatan untuk bertemu Ramadan Al Mubarak, InsyaAllah.

Pertama: Jaga Kesihatan


Firstly, sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan, kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat.

Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita tidak miss melakukan ibadah seperti solat tarawikh.

Kedua: Hukum Berkaitan

Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia.

Ketiga: Amalan sunat

Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah.

Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.

Keempat: Azam

Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah.

Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala 🙂

Kelima : Berdoa

Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan

Keenam: Bangun Malam

Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). Supaya kita tidak liat lagi bangun malam di bulan Ramadhan

Ketujuh: Menjaga Lidah

Menjaga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia.

Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan.

Kelapan : Peringatan

Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan

Kesembilan : Semakan amalan

Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan diatas

 

Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya.

Di dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan.

Pada bulan tersebut Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya.

Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain.

Semoga persediaan kita dapat membantu kita dapatkan keberkatan sebulan Ramadhan yang menjadi rebutan semua orang Mukmin.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3