Perodua Alza Cukup Padu Dalam Pemanduan


Harga Perodua Alza 2022 Malaysia


Harga Perodua Alza 2022 Malaysia yang akan bersaing dengan model kereta baru seperti ativa, myvi, bezza mitsubishi xpander aruz dan juga toyota veloz

Pada julai 2022, kereta Perodua Alza generasi kedua telah diperkenalkan bagi menggantikan kereta alza generasi pertama yang telah berada di pasaran selama 13 tahun. Begitu banyak pembaharuan yang ditampilkan oleh Perodua bagi model Alza kali ini yang sama sekali menjadikan penawaran model terbaru ini sangat berbeza.

Sumber: youtube perodua

VARIAN SEMENANJUNG (RM) SABAH & SARAWAK (RM)
1.5L AVD-WT 75,500 78,000
1.5L HD-CVT 68,000 70,500
1.5LX D-DVT 62,500 65,000

 

Senarai Ansuran Harga Perodua Alza 2022 Bulanan

VARIAN ANSURAN SEMENANJUNG (RM) SABAH & SARAWAK (RM)
1.5L AVD-WT 9 TAHUN 827 855
7 TAHUN 1,007 1,040
5 TAHUN 1,331 1,375
0% DP. 919 1,528
1.5L HD-CVT 9 TAHUN 745 773
7 TAHUN 907 940
5 TAHUN 1,199 1,243
0% DP 828 858
1.5LX D-DVT 9 TAHUN 685 712
7 TAHUN 834 867
5 TAHUN 1,102 1,146
0% DP 761 791

Harga Perodua Alza yang berpatutan

Walaupun sedikit mahal berbanding model yang lama, dengan penambahbaikan yang ketara dari segi teknologi dan aspek keselamatan, Alza menawarkan harga yang sangat berbaloi.

 

Perodua Alza Cukup Padu Dalam Pemanduan 1

Sumber: google image

Rekaan untuk Luaran dan Dalaman

Rekaan luaran Perodua Alza nampak garang dan futuristik. Rekaaan dalaman pula sangat mewah dengan tempat duduk yang diperbuat daripada kulit dan fabrik bewarna coklat.

Sistem dan skrin infotainment serta paparan meter pula seolah-olah kita berada di dalam sebuah kereta mewah.

Sistem Suspensi Seimbang

Sistem suspensi Alza tidak terlalu lembutdan tidak terlalu keras.

Ini menjadikan penjumbang atau pemandu tidak terlalu berayun atau terlambung apabila memandu di permukaan jalan yang tidak rata.

Ciri-ciri keselamatan yang lengkap

Terdapat begitu banyak ciri-ciri keselamatan yang diterapkan di dalam Perodua Alza. Yang paling ketara adalah Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) yang membantu mengurangkan risiko pelanggaran.

Kombinasi Amaran Perlepasan Laluan (LDW), Pencegahan Perlepasan Lalaun (LDP) dan Kawalan Penetapan Laluan (LKC) memastikan anda tidak tersasar dari laluan semasa memandu. Sistem Kawalan Jejajah Adaptif akan memberi amaran sekiranya anda terlalu rapat dengan kenderaan di depan atau bersebelahan.  Alza juga dilengkapi dengan 6 beg udara dan sistem pemantauan titik buta.

Perodua Alza Cukup Padu Dalam Pemanduan 2

Sumber: google image

Teknologi Terkini

Perodua Alza dilengkapkan dengan suit Perodua Smart Drive Assist (PSDA). PSDA Perodua Alza terbahagi kepada beberapa kategori termasuk Bantuan Keselamatan Termaju (ASA), Bantuan Pemandu, Bantuan Tempat Letak Kereta dan Bantuan Lampu Hadapan.

Selain daripada itu, Alza baharu juga dilengkapi ciri-ciri terkini seperti kamera 360 darjah, brek letak kereta elektronik, brek cakera belakang dan tiga mod pemanduan baharu iaitu biasa, eko dan kuasa.

Ketahui lebih lanjut sila masuk laman web Perodua


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3