Pernah Viral Melamar Di ‘Live’ TikTok, Abang Viva Kini Ditemani Tunang Buat Kerja Amal


Nama abang Viva atau dikenal sebagai Azwan Omar baru-baru ini menjadi sebutan selepas tular video memaparkan dirinya melamar kekasih, Evanova Zakaria secara siaran langsung di TikTok.Disaksikan ribuan penonton, abang Viva menunjukkan sebentuk cincin dan bertanya sama ada wanita itu bersetuju dengan lamarannya.

Tindakan spontan abang Viva itu ternyata mengejutkan orang ramai di mana mereka telah meminta dia supaya meneruskan niat mengikut adat iaitu berjumpa terus dengan ibu bapa Eva.Terbaru, mereka difahamkan sudah mengikat tali pertunangan dan kini bersama-sama menjalankan kerja-kerja kebajikan. Jika sebelum ini abang Viva turun padang seorang diri, kini dia telah ditemani oleh cik tunang yang mempunyai hobi yang sama.


 

@meerayusoff_69 Datang bayau hutang #fypシ゚viral #abgvivaofficial ♬ marvin gaye – asa itu jeya

 

 

Kepada dalam perkembangan terbaru, abang Viva kini sedang sibuk menguruskan pertubuhannya sendiri iaitu Pertubuhan Gerakan Kebajikan Abang Viva. Kini dia telah merancang untuk membeli sebuah van besar untuk dijadikan sebagai van pesakit. Van pesakit itu akan menyediakan khidmat secara percuma sahaja. Ketika ditanya perancangan selepas kahwin, abang Viva berkata dia mesti akan terus dengan pertubuhannya itu menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

 

Lihat video di bawah

 

 

Baca juga :  Dua Lelaki Ditahan Kes Serang Petugas, Pelajar Pusat Tahfiz Di Lipis

 

 




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3