Permulaan Yang Baik Buat Hector Bidoglio, JDT Ratah KL City!


Liga Super Malaysia. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak berdepan masalah untuk mencatatkan kemenangan 5-0 ke atas Kuala Lumpur (KL) City pada aksi Liga Super Malaysia 2022 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri malam tadi.

Kemenangan keempat berturut-turut yang diraih itu turut mengukuhkan lagi kedudukan juara bertahan tersebut di kedudukan teratas dengan 35 mata, berkelebihan empat mata dihadapan Sabah. Malah, JDT masih kekurangan satu perlawanan berbanding pasukan tangga kedua tersebut.

Ia juga menjadi permulaan cukup indah buat Hector Pablo Bidoglio yang diperkenalkan sebagai pengendali baharu JDT pada Khamis lalu bagi menggantikan Benjamin Mora.

Tuan rumah yang mendominasi permainan sejak daripada wisel permulaan ditiupkan tidak menunggu lama untuk berada dihadapan selepas Bergson da Silva memberikan kelebihan seawal minit ketujuh.

Bergson tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan sepakan penalti selepas kekasaran yang dilakukan Giancarlo Gallifuoco terhadap seorang lagi penyerang import, Fernando Forestieri.

Kenalin, Kucing Lucu Bernama Si Idoy

Memasuki minit ke-25, Bergson menambah jaringan kedua yang juga merupakan gol ke-16 peribadinya dalam saingan liga musim ini hasil gerakan lincahnya melepasi kawalan dua pemain pertahanan lawan lalu disudahkan dengan baik untuk terus menewaskan Kevin Ray Mendoza.


Pengadil perlawanan, Mohd Fusser Md Sallih sekali lagi menghadiahkan sepakan penalti buat juara lapan kali Liga Super itu ekoran kekasaran Anwar Ibrahim terhadap Arif Aiman Mohd Hanapi.

Sepakan yang diambil Leandro Velasquez pada minit ke-55 tidak mampu dihalang Kevin Ray walaupun penjaga gol skuad kebangsaan Filipina itu sudah dapat membaca arah sepakan Leandro.|

Tidak cukup dengan kelebihan tersebut, JDT menambah jaringan keempat ketika permainan memasuki minit ke-70 menerusi Forestieri susulan gerakan ‘satu-dua’ menarik dijelmakannya bersama Leandro.

Pemain gantian, Safawi Rasid menutup pesta jaringan pada minit ke-84 apabila percubaan dari jarak jauh dilepaskannya tidak mampu dihalang Kevin Ray untuk memastikan kemenangan 5-0 memihak JDT.

Disclaimers – Semua artikel kami kongsikan diatas merupakan panduan tutorial dan rujukan ringkasan yang related dengan “Permulaan Yang Baik Buat Hector Bidoglio, JDT Ratah KL City!” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.