Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui Baitulmal mengagihkan Bantuan Zakat iaitu Skim Zakat Bantuan Pertanian/ Perikanan/ Penternakan kepada golongan asnaf yang memerlukan dengan memberi modal tambahan bagi meluaskan hasil tambahan.
Dengan Skim Bantuan dapat memberi impak kepada golongan asnaf dalam menjana ekonomi keluarga asnaf dan meningkatkan prestasi Pertanian / Perikanan / Penternakan. Baca perkongsian di bawah tentang Skim Zakat Bantuan Pertanian / Perikanan / Pertekanan dari MAIWP ini :
Syarat Kelayakkan
Bagi yang ingin membuat permohonan bagi Skim Zakat Bantuan Pertanian / Perikanan / Penternakan, anda hendaklah memenuhi syarat umum seperti di bawah :
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
✅Pemohon hendaklah beragama Islam
✅Warganegara Malaysia
✅Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
✅Tertakluk pada pengiraan kelayakkan Had al-Kifayah
Muat Turun Borang Permohonan
Untuk membuat permohonan Skim Zakat Bantuan Pertanian / Perikanan / Penternakan anda boleh memuat turun borang permohonan dan borang senarai semak di bawah :
Cara Mohon Dan Dokumen Yang Diperlukan
Bagi pemohon yang sudah memenuhi kelayakkan dan ingin membuat permohonan Skim Zakat Bantuan Perniagaan ini. Anda perlulah mengikut keperluan di bawah :
📝Anda boleh muat turun borang permohonan dan lengkapkan dahulu
📝Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
📝Satu kad salinan kad pengenalan Pemohon, Suami, Isteri dan Anak-Anak dibawah tanggungan sahaja tidak termasuk anak yang telah berkahwin/bekerja. Surat akuan sumpah penjagaan dan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara perlu disertakan bagi yang mempunyai anak angkat. Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan :
📝Satu salinan penyata gaji / pencen /PERKESO.
✔️Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu dapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
✔️Bagi yang tiada slip gaji, anda perlu kemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri oleh Pesuruhjaya Sumpah. Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan adalah seperti di bawah :
📝Satu salinan bil uttiliti/cukai pintu rumah yang diduduki
📝Satu salinan noombor akaun bank / surat pengesahan akaun bank yang menunjukan maklumat pemohon dan transaksi terakhir/terkini
📝Satu salinan sijil pendaftaran perniagaan yang mengandungi muka depan lesen, maklumat pemilik terkini dan maklumat perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
📝Satu salinan lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan
📝Dua keping gambar berwarna berukuran 3R pemohon sedang menjalani operasi perniagaan
📝Dibawah ialah senarai dokumen yang lain sekiranya berkaitan dengan permohonan
📁Bagi keluarga yang bercerai dokumen yang diperlukan ialah satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini
📁Bagi ahli keluarga telah meninggal dunia dokumen yang diperlukan ialah satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri
📁Bagi saudara baru dokumen yang diperlukan ialah satu salinan kad memeluk Islam
📁Bagi Orang Kelainan Upaya, salinan kad orang kelainan upaya (OKU) diperlukan
📁Bagi Pengidap sakit kronik dokumen yang diperlukan ialah surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja
📁Bagi yang sedang mengikuti pengajian di IPT, satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar diperlukan
📁Bagi ahli keluarga keluarga yang bermasalah, satu salinan laporan polis/ surat penjara diperlukan
📁Bagi yang telah muflis, satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi diperlukan
Bagi anda yang telah melengkapkan borang permohonan yang disertakan borang permohonan anda boleh menghantar borang dan dokumen di kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP seperti di bawah :
📍PAZA Cawangan Parlimen Putrajaya
Aras 3, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No3 , Jalan Tunku Abdul Razak , Presint 3, 62100 PUTRAJAYA
No. Tel : 03 – 8871 5000
📍PAZA Cawangan Parlimen Batu
838, Tingkat Bawah, Sayap Kiri, Batu 4 , Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 KUALA LUMPUR
No. Tel : 03 – 6259 6906
📍PAZA Cawangan Parlimen Bukit Bintang
Tingkat 3, UTC Pudu Sentral, Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur
No. Tel : 03 – 2070 2004 / 03 – 2070 2005
📍PAZA Cawangan Parlimen Bandar Tun Razak
26, Pusat Perniagaan Danau Lumayan, Jalan Danau Lumayan 1, 56000 Kuala Lumpur
No. Tel : 03 – 9191 0116
📍PAZA Cawangan Parlimen Wangsa Maju
No 19, Jalan 9/23E, Taman Danau KotaOff Jalan Genting Klang53300, Kuala Lumpur
No Tel : 03-4131 0469
📍PAZA Cawangan Parlimen Titiwangsa
Mini UTC Keramat, Jalan Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur
No Tel : 03 – 4251 8524
📍PAZA Cawangan Parlimen Seputeh
Lot 4-G & 4-1, Medan Klang Lama 28, 58100 KUALA LUMPUR
No Tel : 03 – 7772 9423
📍PAZA Cawangan Setiawangsa
No 11-G , Jalan Wangsa Delima 13, 53300 KUALA LUMPUR
No tel : 03 – 4142 0515
📍PAZA Cawangan Parlimen Lembah Pantai
No 93, Tingkat bawah, Jalan Bangsar, 51200 Kuala Lumpur
No tel : 03 – 2202 0937
📍PAZA Cawangan Parlimen Segambut
C-0-3A, M Avenue, Jalan Segambut1-38A, Segambut Bahagia, 51200 KUALA LUMPUR
No tel : 03 – 6243 4080 / 03 – 6243 4081
📍PAZA Cawangan Labuan
Lot 2-2 Aras 2 UTC Labuan Pasar Sentral Labuan 87000 Labuan
No. Tel : 087-744 2492
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh rujuk atau hubungi ke :
📍Bahagian Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,
Aras G,1,20,22,
Bangunan PERKIM No. 150,
Jalan Ipoh,
Kuala Lumpur, 51200, Malaysia
☎️:03- 4047 9444
📠03- 4044 9444