Rumah Sewa RM500 Sebulan | 3 Bilik 2 Bilik Air

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ada menawarkan 30 unit rumah sewa RM500 sebulan di Seksyen 3 Shah Alam untuk kakitangan kerajaan dan swasta.

Rumah Sewa MAIS


Agensi itu memaklumkan kediaman tiga bilik dan dua bilik air di Wisma Mais itu ditawarkan kepada mereka yang berkeluarga sahaja dan berpendapatan isi rumah di bawah RM5,000.

Lihat Juga  Internet 1GB PERCUMA Dilanjutkan Hingga 31 Disember, Ini Cara Tebus

Sewa RM500 ditawarkan bagi mereka yang berkhidmat di sektor kerajaan manakala bagi swasta nilai sewa RM600.

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Anda juga boleh mohon Rumah PPR murah untuk tahun 2022.

Antara kemudahan yang terdapat di bangunan itu ialah kawalan keselamatan 24 jam, sistem kamera litar tertutup, 220 kawasan parkir terbuka, surau dan perpustakaan wakaf serta ATM Bank Islam.

Untuk pengetahuan anda, ianya juga berdekatan dengan pelbagai restoran makanan dan kedai-kedai.

Lihat Juga  GERAN RM2000 USAHAWAN JWKS Secara One-Off

Rumah Sewa Mais RM500 RM600

Lebih 10 juta rakyat Malaysia
dan dapat BANTUAN KERAJAAN di sini!
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Syarat Permohonan


Berikut adalah kriteria kelayakan bagi mereka yang ingin mohon Rumah Sewa MAIS 2022 :

  • Mempunyai keluarga
  • Pendapatan Isi Rumah Bawah RM5,000.00
  • Berkhidmat di Negeri Selangor

Kadar Sewa Bulanan


Pemohon yang memenuhi syarat di atas layak menyewa kediaman MAIS dengan kadar sewa serendah RM500.00 bagi Sektor Awam manakala RM600.00 bagi Sektor Swasta.

Lihat Juga  TERBAIK! Ini Cara Mohon Bantuan Subsidi Carseat Untuk Ibu Bapa B40

Tahukah anda, anda kini boleh keluarkan duit KWSP untuk bayar bulanan rumah. Baca artikel berikut untuk maklumat lanjut.

Cara Permohonan


Mereka yang berminat dengan rumah seluas 600 kaki persegi ini boleh mendapatkan borang permohonan sewa di portal web berikut :

www.mais.gov.my/sewaan/

Maklumat lanjut


Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi saluran berikut:

Semoga berjaya dalam permohonan anda.

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3