Program Peningkatan Usahawan Bumiputera B40 ini merupakan inisiatif bersama antara Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak.
Program ini diwujudkan bertujuan untuk meningkatkan taraf peniaga kecil Bumiputera yang berpotensi dan berdaya maju, meningkatkan imej dan kualiti perkhidmatan / operasi perniagaan kecil Bumiputera serta mempunyai ci-ciri budaya niaga yang tinggi. Baca perkongsian di bawah untuk maklumat yang lebih terperinci :
Jenis Kemudahan
Bagi memajukan perniagaan sedia ada bagi Bumiputera, Program PUTERA ini akan memberi beberapa bentuk kemudahan kepada peniaga bagi meningkatkan keupayaan mereka dalam operasi dan bidang keusahawanan. Antara kemudahannya ialah :
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
🎁Kemudahan akan diberikan dalam bentuk bantuan peralatan, ,mesin, alat kelengkapan perniagaan dan sebagainya dalam bentuk geran seperti pemprosesan makanan, kedai makanan dan minuman, peruncitan, andaman atau salun kecantikan, bengkel kereta / motorsikal dan kontraktor kelas F (UPKJ)
🎁Kereta sorong juga akan diberikan untuk bantuan tetapi permohonan hendaklah menerusi Majlis Daerah untuk menetapkan Tapak Perniagaan Peserta.
Syarat Permohonan
Bagi peniaga atau pengusaha kecil Bumiputera yang ingin membuat permohonan, kriteria atau syarat untuk membuat permohonan Program PUTERA ini adalah seperti di bawah perlu dipenuhi :
✅Bumiputera Sarawak
✅Pemohon mestilah merumur 18 tahun ke atas
✅Mempunyai lesen / permit perniagaan yang sah dan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan
✅Berikut adalah jenis perniagaan yang lapak untuk memohon Program PUTERA ini :
⚒Kontraktor UPKJ (Kelas F)
🏚Gerai tetap
👰Dandanan dan Kecantikan
🍽Makanan dan Minuman
💻Perniagaan Secara Talian
🔧Bengkel
🛒Peruncitan
👗Jahitan
🧤Pembuatan dan Pemprosesan
📦Pelbagai
✅Perniagaan yang dijalankan haruslah pengendalian sepenuh masa
✅Berpendapatan tidak melebihi RM 3,860.00 (B40)
✅PUTERA Advance merupakan kesinambungan bagi peserta PUTERA yang telah menerima peralatan selepas 3 tahun di mana peserta direkomen oleh pegawai penilai
Had Bantuan
Dibawah ialah had bantuan yang diberikan kepada peniaga mengikut kategori perniagaan :
💰Nilai bantuan tidak melebihi RM5,000.00 termasuk kos penghantaran
💰Nilai bantuan tidak melebihi RM10,000.00 termasuk kos penghantaran bagi Kategori Kontraktor UPKJ Kelas F & PUTERA Advance
Cara Mohon
Bagi yang telah memenuhi kriteria dan kelayakan yang diperlukan dan ingin membuat permohonan untuk Program PUTERA ini, anda boleh muat turun dan lengkapkan Borang Permohonan serta Borang Senarai Semak dokumen yang diperlukan seperti di bawah :
Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:
📍Pengurus Besar
Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak
Menara SEDC, P.O. Box 400
Lot 2878, Tingkat 6, The Isthmus, Off Jalan Bako
93050 Kuching, Sarawak
(u.p.: Bahagian Pembangunan Usahawan Dan Komuniti)
☎️082-551555
Sebarang pertanyaan, sila hubungi alamat di atas ATAU:
📍Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak
Bahagian Perolehan, Unit Pembangunan Kontraktor dan Pembekal (UPKP)
Tingkat 5, Wisma Satok, Jalan Satok
93400 Kuching, Sarawak
☎️082-313324 / 082-313325 / 082-313484