MYHome BSN – Apa Syarat Mohon Skim Perumahan Belia SPB?

Skim Perumahan Belia (SPB) merupakan satu produk khusus untuk golongan belia warganegara Malaysia bagi mendapat kemudahan pembiayaan perumahan.

Apa Itu MyHome?


🏡Cagamas dan KWSP juga mengambil bahagian di dalam skim ini. Skim Perumahan Belia ini adalah bertujuan untuk membantu para belia untuk memiliki dan mendiami rumah sendiri. Skim ini terhad dan ditawarkan kepada 20,000 unit rumah sahaja berdasarkan konsep ‘siapa cepat dia dapat’. Baca perkongsian di bawah tentang permohonan MyHome BSN ini :

Syarat Permohonan MyHome BSN


Jika anda ingin membuat permohonan MyHome BSN ini, dibawah ialah syarat dan kelayakan yang perlu anda penuhi untuk membuat permohonan :

✅Pemohon mestilah warganegara Malaysia

✅Belia yang sudah berkahwin berumur 25 hingga 40 tahun

✅Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan

✅Pembeli rumah pertama sahaja

Ciri-ciri MyHome


BSN MyHome (Skim Perumahan Belia) direka untuk membantu belia bujang atau berkahwin memiliki rumah pertama mereka dengan mudah. Dibawah ialah ciri-ciri MyHome :

🏘Kemudahan ini ditawarkan untuk membiayai pembelian harta tanah yang siap dibina, sedang dalam pembinaan atau sub-jualan

🏘100% pengecualian duti setem untuk RM300,000 pertama semasa pembelian harta tanah pertama untuk harga harta tanah sehingga RM500,000. Tempoh pengecualian adalah selama 2 tahun hingga Disember 2020

🏘Kerajaan juga akan membantu ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan yang dikreditkan ke akaun pembiayaan pelanggan selama 2 tahun, dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju / vendor

🏘Semua pelanggan dikehendaki mengikuti modul Pengurusan Kewangan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mellaui dalam talian di https://learn.akpk.org.my  atau kaedah lain

Lihat Juga  Bantuan i-Sejahtera 2022 : Bantuan Tunai Sehingga RM200 Untuk B40

Jenis Sokong Dari Kerajaan Terhadap Bantuan Ini


Bantuan ini juga disokong oleh kerajaan bagi memudahkan pemohon untuk membuat pembiayaan perumahan, berikut ialah jenis bantuan sokongan kerajaan untuk skim ini :

💰Bantuan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM200 untuk 2 tahun pertama bermula daripada pengeluaran pembiayaan yang pertama

📈Pengecualian duti setem sebanyak 50% ke atas dokumen pembiayaan

Apa Kita Dapat Dalam Skim Ini


Melalui Skim Perumahan Belia ini, anda akan perolehi :

📌Jumlah Pembiayaan
RM 100,000 (Minimum) sehingga RM 500,000 (Maksimum)

📌Margin Pembiayaan
➠ Sehingga 100% daripada harga belian rumah
➠ MRTA/ MRTT sehingga maksimum 5% daripada harga belian rumah.

📌Tempoh Pembiayaan 
Sehingga maksimum 35 tahun atau tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan.

📌Kadar faedah / Keuntungan 
Sehingga maksimum BLR/ BFR – 2.4%
*(Tertakluk terma & syarat)
(BLR /BFR semasa ialah 6.85%)

📌Konsep Pembiayaan 
Islamik dan Konvensional

Cara Mohon Myhome Skim Perumahan Belia SPB BSN


Bagi anda yang ingin membuat permohonan MyHome Skim Perumahan Belia SPB BSN ini, anda boleh ikuti cara dibawah dan juga senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan :

📝Borang permohonan Pembiayaan Kewangan BSN (Muat Turun Borang Permohonan )

📝Perjanjian Jual dan Beli / Resit deposit / Proforma Pesanan Pembelian

📝Salinan Kad Pengenalan

Bagi Pemohon yang pekerjaannya berlainan jenis, dibawah ialah dokumen yang diperlukan :

👨🏼‍💼Pemohon Berpendapatan Tetap

➠Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini

➠Salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini

➠Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini (jika ada pendapatan lain)

➠Salinan penyata KWSP

➠Surat pengesahan berkerja daripada majikan

➠Borang EA/ EC

👨🏼‍💼Pemohon Bekerja Sendiri

➠Borang B/BE dan Resit LHDN

➠Surat pendaftaran syarikat (SSM)

➠Salinan penyatan bank 6 bulan terkini

➠Dokumen – dokumen lain (jika perlu)

👨🏼‍💼Pemohon Bersama

➠Borang B/BE + Resit LHDN

➠Surat pendaftaran syarikat (SSM)

➠Salinan penyatan bank 6 bulan terkini

➠Dokumen – dokumen lain (jika perlu)

FAQ


Apakah cara bayaran yang disediakan ?

Kredit bulanan ke GIRO / GIRO-i

Adakah saya perlu membayar yuran guaman?

Ya, yuran guaman perlu dibayar sendiri oleh pembeli.

Apakah syarat lain bagi pembiayaan ini?

Tertakluk kepada panduan kredit semasa BSN

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut anda boleh hubungi talian BSN di 1300 – 88 – 1900

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3