Geran Skim Daftar SSM PERCUMA Untuk Pelajar

Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S) yang ingin mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 akan dikecualikan daripada dikenakan sebarang bayaran yakni dapat SSM PERCUMA Untuk Pelajar

SSM PERCUMA Untuk Pelajar


📒Inisiatif ini diberikan melalui geran RM10 juta yang telah diperuntukkan khas oleh SSM yang mana ia akan dibahagikan sebanyak 1 juta setiap tahun bagi tempoh 10 tahun. 

📒Melalui geran tersebut setiap pelajar yang memohon hanya layak sekali sahaja mendaftarkan perniagaan sama ada di bawah milikan tunggal (nama perniagaan menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan atau nama tred) ataupun perniagaan perkongsian menggunakan nama tred untuk tempoh satu tahun sahaja. 

📒Penambahan cawangan perniagaan adalah tidak termasuk di dalam inisiatif ini. Inisiatif ini dibuat bertujuan untuk menggalakkan dan memberi kesedaran kepada golongan muda terutamanya di kalangan para pelajar yang berkecimpung dalam bidang keusahawan untuk mendaftarkan perniagaan mereka secara sah di sisi undang-undang.

📒Selain itu menerusi inisiatif ini ianya merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) SSM dalam membantu para pelajar untuk menjadikan perniagaan sebagai pilihan kerjaya mereka pada masa hadapan. 

Jika Tanpa Geran


Geran ini adalah bertujuan memudahkan pelajar-pelajar untuk memulakan perniagaan. Jika tanpa geran yang diberikan kepada pelajar ini, golongan pelajar berkenaan wajib membayar fi pendaftaran perniagaan seperti di bawah :

📌RM 30 setahun perlu dibayar bagi perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan

Lihat Juga  Semakan MAIDAM (Zakat Terengganu)

📌RM 60 setahun perlu dibayar bagi perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred

📌RM 10 perlu di bayar untuk cetakan maklumat

Syarat Kelayakan


Bagi pelajar yang ingin membuat permohonan bagi Geran Skim Daftar SSM Percuma ini, di bawah ialah syarat-syarat yang perlu ada :

✅Pemohon mestilah warganegara Malaysia

✅Berumur 18 tahun ke atas

✅Sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran di dalam negara

✅Permohonan  yang boleh dipertimbangkan adalah bagi satu pendaftaran perniagaan baharu untuk tempoh satu tahun sahaja bagi setiap pelajar di sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini

✅Pemohon boleh memilih untuk mendaftar perniagaan pemilikan tunggal atau perkongsian. Rakan kongsi perlulah di kalangan pelajar sahaja

Lihat Juga  Permohonan Pinjaman Tabung Usahawan Perak B40 2020

Bayaran akan dikenakan seperti biasa bagi pembaharuan pendaftaran perniagaan setelah tamat tempoh setahun

Cara Mohon


Bagi anda yang telah memenuhi syarat-syarat kelayakan dan ingin membuat permohonan, anda boleh ikuti cara permohonan dan proses pendaftaran seperti di bawah :

📂Permohonan boleh dilakukan melalui kaunter perkhidmatan pendaftaran perniagaan SSM di semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan; atau

📂Permohonan boleh dilakukan secara online di ezbiz.ssm.com.my dan kemukan dokumen-dokumen seperti;

📂Kad Pengenalan

📂Dua salinan kad pelajar yang masih dalam tempoh sahlaku

📂Salinan asal surat perakuan pelajar IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran

✍️Note: Kalau nak buat pendaftaran pantas, boleh pergi ke mana-mana2 cawangan SSM berdekatan.

Semoga pekongsian ini dapat memudahkan pelajar-pelajar yang ingin memulakan perniagaan dan mencari sumber pendapatan tambahan.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh rujuk atau hubungi pusat panggilan SSM di  :

☎️03-77214000

📧enquiry[at ]ssm.com.my.

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3