Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan perkhidmatan bantuan kewangan yang dikenali sebagai eBantuan JKM. Ia merupakan satu bantuan yang disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kehidupan dengan sempurna.
Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial. Baca perkongsian di bawah untuk maklumat yang lebih terperinci tentang eBantuan JKM ini :
Cara Daftar Permohonan ebantuan JKM Dalam SPBK
Bagi anda yang ingin mendaftar permohonan eBantuan JKM ini, berikut merupakan cara untuk mendaftar permohonan :
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
💻Sila layari ke laman web eBantuan JKM (Daftar Permohonan Atas Talian)
📲Klik pada butang “Daftar Permohonan”
👨🏾💻Masukkan negeri yang anda menetap dan Nombor Kad Pengenalan anda
✅Klik pada butang “Daftar”
✔️Kemudian permohonan anda akan didaftarkan
Dokumen Perlu Dibawa Ke Pejabat JKM
🗂Sila bawa dokumen seperti berikut semasa hadir ke pejabat :
👱🏼Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon
👭🏻Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
🔍Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
📋Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
🧾Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
📈Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)
📌Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
Jenis-Jenis Bantuan
Berikut merupakan jenis bantuan dan senarai golongan yang akan diberikan bantuan oleh eBantuan JKM. Kadar pemberian bantuan kebajikan berdasarkan kepada setiap jenis bantuan berikut :
✅Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
✅Elaun Pekerja Cacat (EPC)
✅Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
✅Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
✅Bantuan Orang Tua (BOT)
✅Bantuan Am Persekutuan (BA)
✅Bantuan Anak Pelihara (BAP)
✅Bantuan Latihan Perantis (BLP)
✅Bantuan Geran Pelancaran (GP)
✅Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)
✅Tabung Bantuan Segera (TBS)
Cara Semak Status Permohonan
Bagi anda yang telah membuat mendaftar permohonan dan ingin menyemak status permohonan, anda boleh ikuti cara semakan seperti di bawah :
💻Sila layari ke laman web eBantuan JKM (Semakan Status Permohonan Bantuan)
📝Sila masukkan No Kad Pengenalan anda
✅Klik pada butang “Semak”
📑Status bantuan akan dipaparkan samada telah dipohon atau sedang diterima sahaja.
Semoga perkongsian di atas memberi manfaat kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan dengan baik. Melalui perkongsian di atas semoga anda boleh menjadikan rujukan dan sedikit sebanyak memberi bantuan kepada anda untuk membuat permohonan eBantuan JKM ini.
Senarai Borang JKM
[wp-svg-icons icon=”file-pdf” wrap=”i”] Borang Permohonan Bantuan Kewangan (JKM 18) [wp-svg-icons icon=”file-pdf” wrap=”i”] Borang Kajian Semula Bantuan Kewangan (JKM 20)
Maklumat Lanjut
[wp-svg-icons icon=”office” wrap=”i”] Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
📍Aras 6, 9 – 18 , No 55, Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya [wp-svg-icons icon=”envelop” wrap=”i”] [email protected]