Cara Mohon Tabung Pembangunan Usahaniaga Peladang (TPUP)

Tabung Pembangunan Usahaniaga Peladang (TPUP) menyediakan satu tabung yang bermatlamat sebagai sumber pembiayaan secara pinjaman kepada usahawan peladang sedia ada bagi membantu meningkatkan kapasiti pengeluaran dan pendapatan melalui pelaksanaan projek yang memberikan nilai tamabah kepada hasil-hasil pengeluaran pertanian.

Melalui Tabung Pembangunan Usahaniaga Peladang ini ia dapat menggelakkan usahawan untuk menjalankan operasi perniagaannya secara efisien disebaliknya juga ia dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dengan hasil usahawan ini.

Baca perkongsian di bawah untuk maklumat yang lebih terperincin tentang Tabung Pembangunan Usahaniaga Peladang (TPUP) dan cara untuk membuat permohonan :

Cara Mohon Tabung Pembangunan Usahaniaga Peladang (TPUP) 2

Objektif Program 


Tabung Pembangunan Usahaniaga Peladang (TPUP) ini mempunyai objektif yang tersendiri bagi mencapai matlamat utamanya. Antara objektif program tersebut adalah :

🚚Meningkatkan pendapatan 500 usahawan berpendapatan sehingga atau melebihi RM4000 sebulan menjelang 2020

🚚Meningkatkan bilangan usahawan peladang yang mampu menghasilkan produk memenuhi tahap piawaian tempatan dan bersedia untuk memasuki pasaran antarabangsa

🚚Meningkat dan memantapkan usahawan peladang yang mempunyai jaringan pernigaan dengan PP dan mewujudkan satu rantaian nilai produk yang dikeluarkan oleh usahawan

Pembiayaan Program


💰Untuk makluman anda kaedah pembiayaan yang diberikan bagi Tabung Pembangunan Usahaniaga Peladang (TPUP) ini adalah dalam bentuk pinjaman dengan jumlah maksima pembiayaan sebanyak RM100,000 dengan kos perkhidmatan sebanyak 2% daripada nilai pembiayaan. Pembiayaan adalah dalam bentuk matabenda.

Lihat Juga  MySejahtera Login : Cara Buat Mysejahtera QR Code (MUDAH!)

Syarat Permohonan


Bagi usahawan yang ingin membuat permohonan pinjaman dari Tabung Pembangunan Usahaniaga Peladang (TPUP) ini, di bawah ialah syarat permohonan pembiayaan seperti di bawah :

✅Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)

✅Berumur 18 tahun hingga 58 tahun

✅Mempunyai sahan minima RM300 di PPK

✅Mengisi borang permohonan TPUP dengan lengkap

✅Sedang mengusahakan projek

✅Memenuhi skop projek yang disyaratkan

✅Pinjaman tidak boleh bertindih atau tidak mempunyai baki pinjaman di PPK

✅Mematuhi syarat saiz minima projek seperti ditetapkan

 Keutamaan Projek


Berikut pialah senarai keutamaan projek untuk membuat pembiayaan dari Tabung Pembangunan Usahaniaga Peladang (TPUP) :

🌾Projek pengeluaran pertanian
💡Tanaman, ternakan dan akuakultur

Lihat Juga  Geran Skim Daftar SSM PERCUMA Untuk Pelajar

🌲Projek Industri Asastani (IAT)
💡Produk berasaskan makanan dan bukan makanan pertanian

🚚Perkhidmatan
💡Agro pelancongan, kejenteraan ladang, pemasaran dan pengangkutan

Cara Mohon


Bagi anda yang ingin membuat permohonan pembiayaan dari Tabung Pembangunan Usahaniaga Peladang (TPUP) ini, anda boleh ikuti cara di bawah :

0️⃣1️⃣Sila ke laman rasmi LLP Bahagian Pembangunan Usahawan

0️⃣2️⃣Klik pada bahagian Borang Pembangunan Keusahawanan Lembaga Pertubuhan Peladang atau klik disini

0️⃣3️⃣Pilih “Tabung Pembangunan Usahaniaga Peladang (TPUP)” sebagai permohonan utama

0️⃣4️⃣Isi semua maklumat yang diminta dan klik “Submit”

Maklumat Lanjut


Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut tentang Tabung Pembangunan Usahaniaga Peladang (TPUP) anda boleh rujuk atau hubungi Lembaga Pertubahan Peladang :

📍Menara LPP, No 20
Jalan Sultan Salahuddin
50480 Kuala Lumpur

📞 03-26109600

📠03-26970987

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3