Baru-baru ini negara kita Malaysia telah diserang wabak Covid-19 sehingga tercetusnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih kurang selam 3 bulan yang mengakibatkan semua operasi perlu ditutup dan masyarakat perlu duduk dirumah sahaja bagi membanteras wabak ini.
Oleh kerana itu, ekonomi telah terkesan dan mencetuskan krisis. Kerajaan Negeri sabah telah menawarkan bantuan dalam “Sabah New Deal” yang bernilai Rm240 juta bagi membantu rakyat Sabah dan memulih seta menyuburkan kembali sektor-sektor ekonomi yang terjejas.
Daripada jumlah peruntukan di bawah Sabah New Deal ini, sebanyak RM20 juta disalurkan kepada Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Sabah untuk membantu Usahawan Mikro dan Cottage di Negeri Sabah.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Baca perkongsian di bawah untuk maklumat terperinci tentang perkara tersebut dan cara untuk membuat permohonan :
Kumpulan Sasar
Untuk bantuan yang diperuntukkan ini, Kerajan Negeri Sabah telah membuat kumpulan sasar supaya lebih mudah. Di bawah ialah kumpulan sasar tersebut :
🎯Usahawan Mikro & Cottage khususnya yang mengeluarkan produk-produk makanan di luar bandar yang berskala kecil
🎯Produk-produk lain yang ditentukan oleh Jawatankuasa Bantuan Geran Mikro & Cottage
Jumlah Bantuan dan Kaedah Bayaran
💰Jumlah bantuan yang akan diberikan adalah sebanyak RM1000 tunai sahaja yang akan memanfaat setaip pemohon yang diluluskan oleh Jawatankuasa Bantuan Geran Mikro dan Cottage dalam aspek modal pusingan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan serta pelabelan, logistik dan pemasaran atas talian
💰Kaedah pembayaran adalah bayaran terus ke akaun bank usahawan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Bantuan Geran Mikro dan Cottage
Syarat Permohonan
Bagi rakyat Sabah yang telah terkesan oleh wabak covid-19 yang berlaku dan ingin membuat permohonan bantuan ini bagi menstabilkan keadaan, anda perlu memenuhi syarat permohonan seperti di bawah :
✅Usahawan mikro dan cottage di luar bandar yang berskala kecil dengan jumlah jualan tahunan tidak melebihi RM50,000.
✅Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia berasal dari Sabah dan beroperasi di Sabah.
✅Bantuan ini khusus untuk usahawan Mikro dan Cottage yang sudah beroperasi dan sedang menghasilkan produk & perkhidmatan sahaja.
✅Mempunyai Lesen Perniagaan atau surat pengesahan rasmi daripada Pengerusi MPKK, mengenai perusahaan atau aktiviti pengeluaran atau perkhidmatan yang sedang dijalankan.
✅Mengisi dengan lengkap borang permohonan Bantuan Geran Mikro & Cottage secara atas talian, melalui emel atau menghantar borang yang telah dilengkapkan ke pejabat DIDR.
✅Menyertakan salinan kad pengenalan, lesen perniagaan atau surat pengesahan Pengerusi MPKK yang disahkan dan gambar-gambar produk dan aktiviti pengeluaran serta salinan muka depan buku bank yang mengandungi butiran peribadi pemohon seperti yang tertera pada kad pengenalan pemohon.
✅Keutamaan adalah diberi kepada pengusaha yang belum mendapat Bantuan IKS (BAIKS)
✅Bantuan ini tidak merangkumi Petani, Penternak dan Nelayan
Tarikh Tutup
Cepat dapatkan peluang bantuan ini sebagai bantuan kepada anda kerana tempoh permohonan bermula dari :
⏰20hb Julai 2020 hingga 31hb Ogos 2020
Cara Mohon
Bagi anda yang ingin membuat permohonan bantuan Usahawan Mikro dan Cottage ini, anda boleh ikuti langkah di bawah :
0️⃣1️⃣Sila layari ke laman web rasmi Didr Sabah
0️⃣2️⃣ Klik pada permohonan online dan ikuti langkah seterusnya
Maklumat Lanjut
Semoga perkongsian di atas memberi manfaat dan membantu kepada rakyat Sabah yang telah terkesan akibat wabak Covid-19. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut anda boleh hubungi atau rujuk di :
Urusetia Bantuan SND UMC
☎️ (088)225 445 / 225 590 / 225 443