Program Bantuan Pinjaman Tabung Usahawan B40 merupakan bantuan yang disediakan untuk golongan sasar iaitu di kalangan usahawan Industri Kecil & Sederhaan (IKS) dan usahawan muda B40 yang bertujuan untuk memudahkan para usahawan memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka.
Baca perkongsian di bawah berkenaan Bantuan Pinjaman Tabung Usahawan B40 ini :
Objektif Program
Untuk makluman anda, program Bantuan Pinjaman Tabung Usahawang B40 ini bertujuan untuk membantu usahawan kecil memulakan dan mengembangkan perniagaan, di bawah ialah objektif dan tujuan yang lebih lagi mengenai program ini :
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
📈Untuk meningkatkan pendapatan yang lestari dan membangunkan masyarakat dalam meningkatkan pembangunan Negeri Perak melalui program pinjaman tabung usahawan ini.
👨💼Melahirkan usahawan IKS dan usahawan muda yang berkualiti dan beriltizam melalui bimbingan serta latihan pembangunan kapasiti yang sistematik dan efektif.
☑️Meningkatkan kualiti perkhidmatan yang mendahulukan pelanggan, proaktif dan pantas dalam mengatasi pemasalahan pelanggan/rakyat.
🌐Memperkasa pengkalan data maklumat kemiskinan yang komprehensif.
Konsep Program
Program ini mempunyai objektif yang tersendiri dan berkonsep dimana :
📌Program ini merupakan Skim pinjaman perniagaan tanpa faedah kepada usahawan IKS dan usahawan muda B40 untuk mengembangkan perniagaan dan ia adalah pinjaman jangka pendek
⏳Tempoh pinjaman adalah sehingga 5 tahun dan ia bergantung kepada jumlah pinjaman
💰Jumlah pinjaman dari RM 3,000.00 sehingga RM 20,000.00
Syarat Permohonan
Bagi yang ingin membuat permohonan Bantuan Pinjaman Tabung Usahawan B40 ini, di bawah ialah syarat dan kriteria yang diperlukan untuk memohon :
✅Pemohon mestilah berumur anatara 18 hingga 59 tahun
✅Menetap atau bermaustatin melebihi 10 tahun di Perak
✅Pemohon dan pasangan merupakan seorang Warganegara Malaysia
✅Pemohon dan pasangan bukanlah seorang kakitangan kerajaan / badan berkanun
/ syarikat GLC / syarikat Berhad
✅Menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak
✅Menjalankan perniagaan secara sendirian (Bukan Perkongsian)
✅Perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi syariah.
✅Perniagaan yang dijalankan berada dalam skop pembiayaan Yayasan Perak. Dimana perniagaan yang dijalankan adalah melibatkan transaksi wang penjualan atau pembelian yang nyata secara harian, mingguan atau bulanan dan hasil jualan mestilah diterima kurang dari satu bulan dari tarikh jualan.
✅Antara perniagaan yang berada di luar skop pembiayaan adalah:
➠Urusniaga melalui ternakan dan perikanan (usahawan baru)
➠Urusniaga yang melibatkan konsep MLM / Online
➠Urusniaga yang melibatkan pelaburan / Piramid / Skim Cepat Kaya
➠Pembelian kenderaan untuk perniagaan atau peribadi
➠Perniagaan barangan lusuh / Kitar semula
➠Perniagaan bermusim
➠Perniagaan secara orang tengah atau agen perantara seperti agen insurans, agen Unit Amanah, agen Komisen Am termasuk Broker (tanah atau hartanah ) dan sebagainya.
➠Kontraktor Pembangunan
Cara Mohon dan Dokumen Yang Diperlukan
Bagi anda yang telah memenuhi syarat kelayakan dan ingin membuat permohonan bagi Bantuan Pinjaman Tabung Usahawan B40 ini, di bawah kami tunjukan cara dan panduan untuk memohon dan dokumen yang perlu disertakan bersama borang permohonan :
Borang Permohonan
📝Pemohon boleh mendapatkan borang secara percuma di tempat berikut :
➠ Pejabat Yayasan Perak
➠Pejabat Mini Yayasan Perak (UTC), Ipoh
➠Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)
➠Pejabat Daerah / Pejabat Penghulu
📝Anda juga boleh membuat permohonan secara atas talian (muat turun borang permohonan)
Dokumen Yang Diperlukan
Dibawah ialah senarai dokumen sokongan yang perlu anda sertakan bersama borang permohonan :
🗂Borang / Surat Permohonan (wajib)
🗂Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Tanggungan) – (wajib)
🗂Salinan Surat Perjanjian / Kebenaran Sewa Kedai atau Tanah & sebagainya
🗂Salinan Daftar Niaga (SSM) / Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
🗂Pelan lokasi perniagaan
🗂Surat Sokongan Wakil Rakyat / Pejabat Daerah / Penghulu / MPKK
🗂Salinan Penyata bank bagi 3 bulan yang terkini
*Dokumen sokongan mestilah telah disah benar oleh Yayasan Perak dan ia tidak akan dikembalikan
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut anda boleh rujuk atau hubingi ke :
📍Yayasan Perak, Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak, No 111 Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh.
☎️ 05-255 2929
📠: 05-253 1701