Permohonan Tajaan Biasiswa Sarjana Di Jepun 2023

Ministry of Education, Culture, Sports, Science and Technology (MEXT), Jepun telah membuka permohonan penajaan biasiswa oleh Japanese Government (Monbukagakusho: MEXT) di bawah Young Leaders’ Program (YLP) Scholarships For 2023.

Mereka yang berminat untuk mengikuti pengajian peringkat Sarjana di Jepun boleh membuat permohonan ini sebelum tamat tempoh permohonan.

Baca juga:

Tarikh Permohonan Dibuka:


Permohonan dibuka mulai 2 September 2022 sehingga 30 September 2022.

Bidang Yang Ditawarkan:


  1. Kursus Perundangan (Sarjana Perundangan) di Kyushu University.
  2. Kursus Sekolah Kerajaan (Sarjana Pengurusan Awam atau Sarjana Perundangan Awam) di National Graduate Institute for Policy Studies (GRIPS).
  3. Kursus Sekolah Kerajaan Tempatan (Sarjana Pengurusan Awam atau Sarjana Perundangan Awam) di National Graduate Institute for Policy Studies (GRIPS).

Syarat Permohonan:


Berikut adalah syarat untuk memohon:

  1. Pemohon mestilah pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap.
  2. Pemohon mestilah telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan.
  3. Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Oktober 2023 (lahir pada atau selepas 2 Oktober 1983).
  4. Pemohon mestilah mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85 markah ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2019, 2020 & 2021).
  5. Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan.
  6. Pemohon mestilah tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA.

Cara Permohonan:


Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Layari laman sesawang portal eSila.

Langkah 2: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

Langkah 3: Lampirkan dokumen sokongan yang disahkan bersama-sama borang permohonan.

Langkah 4: Hantar permohonan ke alamat:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
62510 PUTRAJAYA.
(u.p.: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

Dokumen Sokongan:


Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu disediakan:

  1. Kursus Perundangan
  2. Kursus Sekolah Kerajaan
  3. Kursus Sekolah Kerajaan Tempatan

Maklumat Lanjut:


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian 03-8885 3569 atau emel : [email protected].


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3