Home » Permohonan » Permohonan SPIM TEKUN 2022

Permohonan SPIM TEKUN 2022

SPIM merupakan satu usaha kerajaan bagi membantu rakyat dengan memperluaskan akses pembiayaan perniagaan bagi pengusaha mikro dan sektor tidak formal.

Ia juga menawarkan jumlah wang pembiayaan sebanyak RM10,000 dan moratorium selama 12 bulan kepada peniaga sektor.

Baca ulasan dibawah untuk keterangan lebih lanjut:

Baca juga:

Syarat Permohonan:

Syarat asas pembiayaan adalah sama seperti syarat pembiayaan yang sedia ada seperti berikut:

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.
  • Merupakan Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  • Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM) ATAU pengesahan menjalankan perniagaan daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung ( JPKK ) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK ) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan ( JPKKP ) / Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak atau kupon / permit perniagaan oleh jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu.
  • Telah mempunyai tempat perniagaan yang khusus atau bergerak.
  • Bebas daripada sebarang tindakan undang-undang atau muflis.
  • Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah patuh Syariah.

Nilai Pembiayaan:

Setiap usahawan akan diberikan RM1,000 sehingga RM10,000 bagi yang layak megikut terma dan syarat TEKUN Nasional.

1) Jumlah wang RM1,000 – RM5,000:

  • Bagi usahawan yang tidak memiliki lesen dan permit daripada PBT atau tidak mendaftar dengan SSM.

2) Jumlah wang RM1,000 – RM10,000:

  • Bagi usahawan TEKUN usahawan baru yang mempunyai lesen, permit dan telah mendaftar dengan SSM atau yang sedia ada.
  • Tiada kadar akan dikenakan.

Jenis Perniagaan:

Berikut merupakan jenis perniagaan yang boleh memohon skim pembiayaan TEKUN:

  1. Usahawan yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.
  2. Peniaga kecil.
  3. Peniaga yang berniaga dari rumah.
  4. Peniaga yang berniaga secara bergerak.
  5. Peniaga yang berniaga atas talian dan perniaga yang menawarkan perkhidmatan penghantaran.

Cara Permohonan:

Calon yang berminat boleh membuat permohonan melalui 2 kaedah berikut:

  1. Pejabat cawangan: Senarai Alamat Pejabat Cawangan
  2. Sacara Online: Sistem Tekun Online

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim atau hubungi talian hotline 03-9059 8888.

Disclaimers – Bahan yang portalamalaysia kongsikan dihalaman ini sekadar panduan tutorial dan ringkasan artikel berkaitan dengan “Permohonan SPIM TEKUN 2022” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!