Permohonan Skim Rumah Pertamaku 2022 (SRP) Tanpa Pendahuluan


Berita baik bagi rakyat Malaysia yang belum memiliki rumah, Kerajaan telah menawarkan inesiatif pinjaman 100% tanpa perlu sediakan modal 10% dari harga rumah dikenali sebagai Skim Rumah Pertamaku.

Skim Rumah Pertamaku (SRP) adalah untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama untuk memiliki rumah.

Permohonan pinjaman/pembiayaan akan diproses dan diluluskan oleh bank yang terlibat berdasarkan kriteria Skim dan standard pengunderaitan kredit bank masing-masing.

Baca juga:

Syarat Permohonan:

Berikut merupakan syarat permohonan:

  1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah pembeli rumah pertama.
  3. Pemohon merupakan pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri.
  4. Pemohon individu atau bersama
    • Harta tanah kediaman dan dihuni pemilik.
    • Nilai harta tanah sehingga RM500,000.
  5. Pemohon mestilah berpendapatan kasar isi rumah sehingga RM5,000 untuk pemohon tunggal/RM10,000 untuk pemohon bersama.
  6. Pemohon mestilah tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas.

Cara Permohonan:

Berikut merupakan cara permohonan Skim Rumah Pertamaku:

Langkah 1: Cari rumah idaman anda.

Langkah 2: Dapatkan dokumen yang berkaitan seperti draf perjanjian jual beli/resit bayaran tempahan dan lain-lain.

Langkah 3: Semak kelayakan anda untuk pembiayaan rumah di bawah SRP.

Langkah 4: Sediakan dokumen sokongan pendapatan anda seperti slip gaji, penyata pendapatan, penyata bank, penyata KSWP dan lain-lain.

Langkah 5: Hantar permohonan pembiayaan perumahan SRP anda ke cawangan bank-bank yang mengambil bahagian.

Bank-bank Yang Terlibat:

Berikut merupakan senarai bank yang menawarkan permohonan Skim Rumah Pertamaku:

Soalan Lazim:

Brochure Skim Rumah Pertamaku

Soalan Lazim


Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Skim Rumah Pertamaku atau hubungi 03-2262 1800.

Penafian – Semua artikel kami share diatas merupakan tutorial dan rujukan yang related dengan “Permohonan Skim Rumah Pertamaku 2022 (SRP) Tanpa Pendahuluan” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia