Permohonan Skim Bantuan Kebajikan Untuk Rakyat 2023

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik dan sempurna.
Skim bantuan yang diwujudkan adalah bagi mebantu rakyat dalam pemulihan , pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang mana ia merupakan satu kaedah dalam kerja sosial.
Namun proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari tanpa bergantung sepenuhnya kepada kerajaan.
Permohonan Skim Bantuan Kebajikan Untuk Rakyat 2023 1

OBJEKTIF BANTUAN :


  • Memenuhi keperluan asas bagi meringankan beban penerima bantuan
  • Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan.
  • Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
  • Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup
KELAYAKAN BAGI MEMOHON BANTUAN KEBAJIKAN :Permohonan yang dibuat perlulah memenuhi kriteria berikut :

1.Bantuan Kanak-Kanak (BKK);
2.Elaun Pekerja Cacat (EPC);
3.Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);
4.Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
5.Bantuan Warga Emas (BWE);
6.Bantuan Am Persekutuan (BA);
7.Bantuan Anak Pelihara (BAP);
8.Bantuan Latihan Perantis (BLP);
9.Bantuan Geran Pelancaran (GP);
10.Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
11.Tabung Bantuan Segera (TBS).

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Cara Memohon : 

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara yang mana setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

BORANG YANG BERKAITAN

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan 
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3