Permohonan Skim Bantuan Deposit Perumahan Negeri Sarawak


Beruntungnya rakyat negeri Sarawak, Kerajaan Negeri Sarawak telah menawarkan skim bantuan deposit untuk membantu rakyat kategori B40 dan M40  negeri tersebut dalam pembelian rumah. Bantuan ini juga memberi peluang yang lebih besar kepada golongan muda di negeri tersebut untuk memiliki rumah.

Bantuan deposit rumah sehingga RM10,000 diberikan menerusi Skim Bantuan Deposit Rumah Rakyat atau Housing Deposit Assistance Scheme (HDAS).

HDAS ini akan diuruskan Mutiara Mortgage and Credit Sdn Bhd dengan Kerajaan Negeri Sarawak akan membayar deposit rumah tersebut kepada pembeli yang layak.

Baca juga:

Kreteria Rumah Kediaman:

Berikut merupakan julat harga rumah kediaman mengikut jenis rumah:

  1. Rumah Kos Rendah : RM50,400 – RM59,220.
  2. Rumah Kos Sederhana :  RM80,000 – RM100,000
  3. Rumah Spektra Lite : RM100,000 – RM120,000
  4. Rumah Spektra Medium : RM135,000 – RM168,000
  5. Rumah Spektra Plus : RM150,000 – RM198,000
  6. Rumah Spektra Permata : RM90,000 -160,000
  7. Rumah Sri Pertiwi : RM270,000 – RM295,000
  8. Rumah mampu milik : Maksima RM300,000

Syarat Kelayakan:

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:


  1. Pemilikan rumah pertama bagi golongan B40 dan M40.
  2. Rakyat Sarawak yang berstatus penduduk tetap Sarawak.
  3. Membina rumah di atas tanah sendiri melalui Program Skim Pembesaran Kampung (SPK)/Skim Penempatan Semula (SPS); atau
  4. Membeli rumah berdasarkan pemaju yang berdaftar dengan MUTIARA.

Cara Memohon:

  1. Permohonan boleh diperolehi di Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd.
  2. Permohonan boleh dibuat kepada pemaju perumahan yang telah berdaftar dan diluluskan oleh MUTIARA.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web HDC Sarawak.

Penafian – Bahan artikel portalamalaysia kongsikan dihalaman ini merupakan panduan dan ringkasan artikel berkaitan dengan “Permohonan Skim Bantuan Deposit Perumahan Negeri Sarawak” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia