Home » Permohonan » Permohonan Sijil Kelahiran Yang Hilang Secara Online Sahaja

Permohonan Sijil Kelahiran Yang Hilang Secara Online Sahaja

Permohonan Sijil Kelahiran Yang Hilang Secara Online

Surat beranak ataupun sijil kelahiran merupakan dokumen terpenting yang diperlukan sehinggalah anda dewasa.

Walau bagaimanapun, bagi anda yang kehilangan dokumen penting ini akibat pelbagai faktor seperti seperti hilang dicuri, banjir, kebakaran dan sebagainya, anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) secara online.

Kelayakan pemohon

Permohonan hanya boleh dilakukan oleh individu yang berikut sahaja:

  1. Pemilik Sijil Kelahiran yang telah memiliki Kad Pengenalan atau Passport;
  2. Ibu atau bapa pemilik Sijil Kelahiran;
  3. Suami atau isteri pemilik Sijil Kelahiran;
  4. Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi pemilik Sijil Kelahiran;
  5. Adik-beradik kandung pemilik Sijil Kelahiran;
  6. Penjaga yang sah bagi kanak-kanak (pemilik Sijil Kelahiran) telah memiliki surat hak penjagaan kanak-kanak mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991;
  7. Firma Guaman;
  8. Badan Berkanun;
  9. Agensi kerajaan.

Baca juga: Cara Daftar Kelahiran Online JPN Dalam Tempoh PKP

Proses pendaftaran pengguna

  1. Sila layari portal JPN https://www.jpn.gov.my/my/
  2. Boleh klik pada pautan Permohonan Cabutan / Salinan Sijil Kelahiran Yang Diperakuit Dalam Talian
  3. Pengguna akan dibawa ke halaman Sistem Cabutan / Salinan SIjil Kelahiran
  4. Bagi penggguna baru, klik pada butang “Daftar Pengguna Baru”. Sekiranya sudah mempunyai akaun, klik pada butang “Log Masuk”
  5. Laman pendaftara pengguna baru akan dipaparkan
  6. Pengguna mestilah mengisi dengan lengkap maklumat yang dikehendaki.
  7. Setelah selesai pendaftara, pengguna akan menerima emel dari “[email protected]”.
  8. Sila klik pada buta yang tertera dalam emel tersebut untuk membuat pengesahan emel dan mengaktifkan akaun.
  9. Selepas klik pada butang tersebut, pengguna akan dibawa ke halaman untuk menetapkan kata laluan baru.

Log masuk ke akaun

Setelah menyelesaikan langkah-langkah di atas, pengguna boleh log masuk ke dalam akaun yang telah didaftarkan untuk memulakan proses mendapatkan salinan sijil kelahiran dan surat beranak.

  1. Di bahagian log masuk, masukkan nombor MyKad atau emel dan kata laluan yanng telah didaftarkan
  2. Pengguna kemudiannya akan di bawa ke laman utama sistem

Proses permohonan

  1. Pengguna mestilah membaca terma & syarat yang telah ditetapkan
  2. Sekiranya bersetuju dengan terma dan syarat tersebut, klik pada butang SETUJU di penghujung halaman tersebut untuk meneruskan permohonan
  3. Pengguna perlu memilih kategori permohonan – pemilik atau waris
    • Waris terdiri daripada golongan berikut:
      • Ibu bapa
      • Adik-bradik
      • Pasangan
  4. Sekiranya pengguna adalah “Pemilik”, lengkapkan borang permohonan yang dipaparkan
  5. Sekiranya pengguna adalah “Waris”, satu borang permohonan lain akan dipaparkan dan borang permohonan tersebut mestilah dilengkapkan
  6. Setelah selesai mengisi, pengguna akan dipaparkan dengan satu halaman khas yang menyatakan permohonan anda telah berjaya
  7. Cetak slip permohonan tersebut untuk dibawa ke kaunter bagi urusan selanjutnya
    Sekiranya permohonan gagal, segera ke kaunter JPN yang berdekatan anda dengan segera

Baca juga: Permohonan Kad Pengenalan Kanak-Kanak 12 Tahun, Cara Mohon Secara Online JPN

Disclaimers – Bahan artikel portalamalaysia kongsikan dihalaman ini merupakan tutorial dan rujukan ringkasan yang related dengan “Permohonan Sijil Kelahiran Yang Hilang Secara Online Sahaja” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!