- 1.2Kshares
- Telegram
- Facebook Messenger
Kini terdapat satu saluran terpantas bagi rakyat Malaysia untuk membuat tuntutan wang yang masih belum dituntut di Jabatan Akauntan Negara melalui portal rasmi eGUMIS. Sistem eGUMIS telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 2020 dan boleh diakses secara percuma untuk semak wang tak dituntut.
Dalam usaha memudahkan urusan semakan dan tuntutan tersebut , segala ,maklumat penting perlu disediakan untuk membuat tuntutan dengan memastikan maklumat yang diperlukan tepat dan dikemaskini seperti akaun bank dan dokumen lainnya.
Malah semua semakan boleh dibuat dengan mudah hanya dengan menggunakan nombor kad pengenalan untuk individu atau nombor pendaftaran syarikat untuk syarikat yang berdaftar.
Melalui saluran mudah dan pantas ini , semua rakyat Malaysia dapat menuntut wang dengan lebih mudah dan cepat denga hanya online sahaja .
Permohonan Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) 2023
Wang yang Tak Dituntut (WTD)
Wang yang Tak Dituntut (WTD) merujuk kepada sejumlah wang yang dimiliki oleh individu atau syarikat dalam bentuk simpanan, dividen, tuntutan insurans, bank draf, dan sebagainya yang mana wang tersebut tidak dituntut oleh pemilik asal dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Namun pihak Kerajaan Malaysia telah mengambul inisiatof dengan mengutamakan integriti dan keadilan dalam hal kewangan dengan tidak mengambil wang hak milik rakyat Malaysia secara sembarangan dan menyediakan saluran yang mudaj untuk menuntut wang tersebut.
Pada tahun 2019 dan sehingga kini jumlah wang yang tidak dituntut telah mencapai RM10 bilion lebih sehingga Portal eGUMIS telah dilancarkan untuk membantu pemilik sebenar wang yang tidak dituntut agar dapat memperoleh keadilan dan mendapatkan kembali wang yang sepatutnya menjadi hak milik mereka.
Kategori-kategori WTD
Wang yang tergolong dalam kategori WTD termasuklah:
- gaji, upah, bonus, komisen, dividen,
- tuntutan insurans yang telah diluluskan,
- bank draf, simpanan tetap tanpa arahan pembaharuan automatik, cagaran dan deposit yang tujuannya telah tercapai,
- pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai yang masih belum dibayar, dan
- wang dalam akaun yang tidak aktif selama tujuh tahun.
Melalui portal eGUMIS, pemilik wang yang tidak dituntut dapat membuat semakan dengan mudah menggunakan nombor kad pengenalan individu atau nombor pendaftaran syarikat yang berdaftar. Dengan adanya sistem ini, diharapkan rakyat Malaysia dapat memperoleh wang yang sepatutnya menjadi hak mereka dan kerajaan dapat terus menjaga keadilan dalam hal kewangan.
eGUMIS : Cara Semakan Wang Tidak Dituntut(WTD) Secara Online
Bagi memudahkan urusan semakan wang tidak dituntut (WTD) , satu sistem melalui online oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM) telah melancarkan yang dianamkan sebagai eGUMIS.
Ini beberapa langkah mudah untuk menggunakan sistem eGUMIS tersebut :
- Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
- Bagi pendaftaran pengguna secara atas talian(online). Pengguna akan terima emel menyatakan kata laluan sementara bagi log masuk ke portal eGUMIS.
- Bagi log masuk portal, orang ramai boleh menggunakan kata laluan yang sementara yang seperti yang diemel. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu.
- Kemudian,kemaskini maklumat pengguna anda.
- Seterusnya, anda boleh Klik di “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada) dan perlu.
Bagi fasa awal, sistem eGUMIS diperkenalkan ianya hanya mengandungi rekod WTD daripada tahun 2006 sehingga sekarang 2023.
Malah sistem eGUMIS yang diperkenalkan ini hanya membenarkan pengguna untuk membuat carian sebanyak 2 kali sehari sahaja maka jika terdapat amaun wang yang boleh dituntut , sila tekan kotak biru ‘Teruskan Dengan Permohonan’ untuk proses tuntutan.
Proses Tuntutan Wang Tidak Dituntut (WTD) Untuk Tahun 2023
Pemohon boleh mengemukakan permohonan Wang Tak Dituntut (WTD) untuk mengambil wang tersebut dan dimasukkan ke dalam akaun bank anda yang terkini.
Permohonan tuntutan WTD hanya boleh dituntu oleh pihak berikut:
- Pemilik WTD itu sendiri;
- Pentadbir harta pusaka (wasi) yang ditetapkan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka;
- Pelikuidasi yang mewakili syarikat atau firma yang sedang dalam proses penggulungan;
- Individu atau syarikat/firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah; atau
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat atau firma yang bubar atau individu yang bankrap.
Wang WTD akan diproses dalam beberapa tempoh dan biasanya ia mengambil masa kira-kira sebulan untuk dikreditkan ke akaun bank yang dinyatakan dalam borang tuntutan setelah permohonan diterima oleh pihak WTD.
Untuk semak bantuan lain boleh layari : https://www.portalmalaysia.com/
Arocaroxydocitrix Astroidissreg astramicroidnfig Astroidisorted
Semakan wang tunai belum di tuntut.
Semakan wang bantuan (WTD )2023.
check wang tak dituntut