Permohonan Rumah Residensi Wilayah (RUMAWIP) 2020

Berikut kami kongsikan cara untuk anda membuat permohonan Residensi Wilayah Rumawip khususnya bagi anda orang KL beserata maklumat berkaitan syarat kelayakkan, cara semak projek rumawip terkini dan sebagainya.

Permohonan Rumah Residensi Wilayah RUMAWIP

Apa itu RUMAWIP?

Residensi Wilayah atau dahulunya dikenali sebagai RUMAWIP merupakan program rumah mampu milik yang terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah. RUMAWIP  merupakan inisiatif yang terbaik kerana rumah yang ditawarkan agak selesa dan sesuai untuk golongan tersebut menjadikan ia kediaman atau rumah pertama.

Warganegara Malaysia yang menetap atau berkerja di Wilayah Persekutuan serta berumur 21 tahun ke atas layak membuat permohonan jika kelayakkannya menepati syarat permohonan. Berikut adalah maklumat yang lebih lanjut kami kongsikan untuk anda membuat permohonan;

Syarat Permohonan

Maklumat dibawah ialah kriteria asas yang perlu ada pada pemilik kediaman Residensi Wilayah RUMAWIP yang perlu anda penuhi supaya layak dalam membuat  permohnan nanti:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun dan ke atas
  • Lahir, menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan kasar bulanan ialah RM 15, 000 & ke bawah (suami isteri) dan RM 10, 000 (bujang)
  • Permohonan berdaftar di portal RESIDENSI WILAYAH
  • Sekatan Jualan (moratorium 10 tahun)

Cara Buat Permohonan

Setelah anda fahami dengan sayarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh residensi wilayah (RUMAWIP), anda boleh mohon dengan langkah-langkah yang kami berikan ini

Langkah 1 – Sila masuk ke web pendaftaran rasmi melalui residensi wilayah RUMAWIP https://residensiwilayah.kwp.gov.my/register

Langkah 2 – Isi semua maklumat yg diminta seperti no kad pengenalan, kata laluan, kewarganegaraan, email, status perkahwinan, pendapatan kasar isi rumah dan poskod tempat tinggal & kerja.

Langkah 3 – Akhir sekali, selepas anda telah mengisi maklumat yang diminta dan klik daftar untuk langkah seterusnya. Selesai!

Dokumen Sokongan Yang Perlu Ada

Bebebrapa dokumen sokongan diperlukan semasa membuat permohonan, menurut laman rasmi residensi wilayah terdapat lebih kurang 20 dokumen sokong perlu ada untuk pemohon yang memohon.

Selain itu, profil peribadi pemohon haruslah dilengkapkan selepas mendaftar sebelum permohonan projek dibenarkan.

Berikut antara senarai semak dokumen sokongan yang harus dilengkap dan dikemukan oleh pemohon yang telah berdaftar kepada pihak pemaju

Tambahan : Untuk menyemak permohonan semasa, pemohon boleh log masuk ke Portal Residensi Wilayah.

Semak kelayakan untuk pinjaman

Mempunyai rumah sendiri adalah satu perkara yang diingini disebabkan kita dari golongan sederhana yang sesuai untuk membeli RUMAWIP ini, perlulah kita membuat pinjaman rumah untuk membiayai hartanah baru kita.

Jadi selepas kriteria dan syarat permohonan telah dipenuhi, kewangan juga faktor yang penting ketika hendak beli rumah. Jadi anda layak ke memohon RUMAWIP ni? jom kita buat kira-kira pinjaman rumah di laman web ini (Imoney Calulator home loan)

Semak projek terkini RUMAWIP

RUMAWIP telah dibina banyak unit di Wilayah Persekutuan tau! Memandangkan bandar Kuala Lumpur ni agak sibuk dan sesak, sudah tentu anda akan memilih tempat tinggal yang berdekatan dengan tempat kerja supaya mudah dan cepat anda ulang alik ke kerja setiap hari.

Oleh itu, anda perlu semak projek terkini RUMAWIP yang berkenaan tentang harga, keluasan dan lokasi yang sesuai dengan pilihan anda

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh merujuk di laman rasmi atau hubungi info di bawah

Urus Setia RESIDENSI WILAYAH
Unit Residensi Wilayah,
Bahagian Sosio Ekonomi,
Aras 5, Blok 2,
Menara Seri Wilayah,
Presint 2,
Kementerian Wilayah Persekutuan,
62100 Putrajaya.

Urus Setia RESIDENSI WILAYAH DBKL 

Aras 25, Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur

Tel: 03-26179154

PENAFIAN : Kami hanya memberi informasi terkini berkaitan syarat, cara mohon dan info berkaitan dengan residensi wilayah (rumawip) dengan rujukan dari laman sesawang rasmi residensi wilayah, sebarang permohonan baru boleh terus melalui website rasmi, kami tiada sebarang kaitan bersama residensi wilayah (rumawip), hanya sekadar menyampaikan info sahih sahaja

1 thought on “Permohonan Rumah Residensi Wilayah (RUMAWIP) 2020”

Leave a Comment