Permohonan Rumah PPRT 2022 Untuk Semua Rakyat Malaysia – Semak Kelayakan Anda!


Terdapat pelbagai bantuan telah dilancarkan dalam tahun 2022 ini bagi membantu mereka yang terkesan dalam ekonomi harian. Akan tetapi, tahukah anda bahawa Pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar dalam masa yang sama telah memperkenalkan Program Perumahan Rakyat Termiskin atau lebih mesra dikenali sebagai PPRT. Hala tuju program ini lebih tertuju untuk mereka yang ingin membina rumah baharu atau ingin membaik pulih rumah untuk diduduki tetapi tidak memiliki modal yang cukup dan benar-benar memerlukan bantuan.


APA ITU PPRT

Objektif utama Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang telah diperkenalkan ini adalah bertujuan menaikkan kualiti kehidupan keluarga golongan B40 di Malaysia melalui membaik pulih atau membina rumah yang baharu dan menyediakan tempat kediaman yang lebih selesa dan selamat sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.


BANTUAN PPRT

Permohonan bantuan PPRT akan lebih diutamakan kepada golongan seperti yang tertera dibawah:

  • Orang Kelaina Upaya – OKU
  • Mangsa bencana alam yang berskala kecil
  • Warga Emas
  • Bapa atau Ibu Tunggal yang mempunyai tanggungan keluarga yang ramai
  • Keutamaan perlaksanaan Program ini adalah kepada daerah dan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi.

JENIS KATEGORI PERUMAHAN PPRT

Program PPRT terbahagi kepada 2 kategori yang disediakan seperti dipaparkan dibawah:

1) Baik Pulih


a) Kepada baik pulih rumah melibatkan 3 elemen penting

  • Penambahbaikan
  • Penyelenggaraan
  • Requisition

b) Syarat program bantuan baik pulih rumah

  • Bantuan akan diberikan kepada individu yang mempunyai rumah yang usang atau kerosakan disebabkan oleh bencana dan masih boleh untuk di perbaiki.
    Mendapat surat kebenaran bagi kes menumpang tapak tanah dari pemilik.

2) Bina Baru

  • Bantuan pembinaan rumah baru akan diberikan kepada individu yang tidak mempunyai rumah sendiri atau rumah yang didiami sekarang terlalu usang dan tidak selamat untuk didiami.

CARA MOHON RUMAH PPRT 2022 -SECARA ONLINE

Jika anda memenuhi syarat kelayakan dan ingin membuat permohonan , di bawah telah disediakan cara permohonan Bantuan Rumah PPRT :

  • Sila layari Portal Rasmi eSPKR – DI SINI
  • Kemudian tekan butang ”Program Perumahan Rakyat Termiskin” di laman utama
  • Sila lengkapkan maklumat anda yang diperlukan di ruangan yang telah disediakan
  • Selepas lengkap mengisi, tekan ”Hantar Permohonan”

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Program Rumah PPRT , anda boleh hubungi Pihak berkaitan seperti berikut :
Talian Khas : 03 8000 8000
E-mel : [email protected]

Penafian – Semua artikel admin kongsikan diatas merupakan panduan dan ringkasan yang related dengan “Permohonan Rumah PPRT 2022 Untuk Semua Rakyat Malaysia – Semak Kelayakan Anda!” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.



APDM
EOperasi KPM Login
ESPKWS KPM Login
mybsn
Semakan KWSP 2.0
BKM 2022
SPLKPM
PTPTN Login 2022
Penyata Gaji
SPA9
Cara Mandi Wajib
Doa Dhuha
MySalam
KWSP 2.0 10k
upu online