Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2022


Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ialah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan.

Selaras dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menyediakan rumah mampu milik dan berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia.

Harga RMR

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Rumah Mesra Rakyat (RMR)

RMR diwujudkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan keluarga miskin yang tiada tempat tinggal atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina kediaman sendiri yang sempurna dan selesa.

Bantuan ini akan diberikan dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000 dan pembinaan rumah juga akan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di seperti di bawah :

ciri ciri program rmr

Harga & Reka Bentuk RMR

Harga bagi setiap tempat adalah berbeza tetapi konsep binaannya adalah sama iaitu 1 tingkat dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Berikut adalah harga RMR mengikut tempat:

1. Keluasan Rumah 1,000 KPS (Semenanjung)

  • Harga: RM75,000
  • Subsidi pembinaan: RM20,000
  • Jumlah Pinjaman: RM55,000
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM300

rekabentuk harga rmr

2. Keluasan Rumah 850 KPS (Pulau di Semenanjung)

  • Harga: RM85,000
  • Subsidi Pembinaan: RM20,000
  • Jumlah Pinjaman: RM65,000
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM350

rekabentuk rmr

3. Keluasan Rumah 750 KPS (Sabah / Sarawak / Labuan)

  • Harga: RM75,000 – RM106,000
  • Subsidi pembinaan: RM20,000
  • Jumlah Pinjaman: RM55,000 – RM86,500
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM300 – RM470

RMR Sabah Sarawak

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon subsidi RMR:

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah atau mempunyai rumah usang/tidak sempurna
  • Tapak/tanah adalah sesuai dan bebas daripada gadaian/beban ke atasnya. Sekiranya pemohon bukan pemilik tanah, pemohon hendaklah mendapatkan kebenaran pemilik
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 KPS (tertakluk kepada reka bentuk)

Cara Membuat Permohonan RMR

Berikut ialah cara memohon:

Melalui talian (Secara Online)

  1. Buka laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/ @ https://spnb.com.my/
  2. Klik Pendaftaran Baru dan lengkapkan borang pendaftaran
  3. Selepas itu, ID Log Masuk dan Kata Laluan akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan
  4. Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang disediakan
  5. Lengkapkan borang yang diperlukan
  6. Untuk melengkapkan borang, klik Lengkapkan Pendaftaran dan Cetak Borang
  7. Hantarkan borang beserta dokumen yang lengkap ke Pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berhampiran

Secara manual

Borang permohonan boleh didapati di Cawangan SPNB dan dihantar semula ke SPNB setelah permohonan dan dokumen sokongan lengkap.

Dokumen yang diperlukan

Berikut adalah dokumen yang perlu disertakan semasa menghantar borang permohonan RMR:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan tuan rumah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkenaan)
  • Salinan geran hak milik tanah terkini dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah Terkini.
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  • Surat Akuan Sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah lama*
  • Surat kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang laporan tapak bergambar

Nota Tambahan :

Surat pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliki rumah usang perlu disahkan oleh Ketua Kampung / Pegawai Ikhtisas Kelas A.

SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan mereka dari semasa ke semasa.

Semakan Status Kelulusan

Maklum balas status permohonan akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

Bagi pembinaan rumah, tempoh yang diperuntukkan adalah selama 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat.

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan dan maklumat terperinci, sila hubungi RMR SPNB di talian berikut :

IBU PEJABAT

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur


Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
Emel: [email protected]

Disclaimers – Semua artikel kami share diatas merupakan tutorial dan ringkasan yang berkaitan dengan “Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2022” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia