Home » Isu Semasa » Permohonan Rumah Mampu Milik untuk B40 – TEDUH

Permohonan Rumah Mampu Milik untuk B40 – TEDUH

Jabatan Perumahan Negara dibawah program bernama TEDUH membuka peluang kepada golongan B40 untuk memilik Rumah.

Mereka juga menyediakan laman web khas untuk memudahkan rakyat Malaysia khususnya golongan B40 untuk mencari dan menyemak rumah yang mereka bakal miliki secara beli atau sewa di bawah program tersebut.

Apakah itu TEDUH?

Teduh merupakan laman web yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek serta program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia dan menjadi gerbang “One-Stop Centre” kepada individu yang ingin memohon program perumahan di bawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.

Jenis-jenis SKIM Perumahan di bawah TEDUH

1. PPAM

Skim PPAM merupakan satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang mana program ini telah dilancarkan awal tahun 2013 untuk membolehkan penjawat awam yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.

2. SPP

Skim Pinjaman Perumahan (SPP) merupakan skim yang diuruskan melalui tabung amanah dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah Pinjaman bagi Golongan Berpendapatan Rendah.

3. PPR Dimiliki

PPR Dimiliki merupakan inisiatif Kerajaan untuk menyediakan penempatan terancang dan juga selepasa kepada golongan sasar iaitu golongan setinggan dan berpendapatan rendah RM3,000 kebawah. Harga jualan bagi rumah tersebut ialah RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak. Program ini dapat membantu kumpulan sasar untuk memiliki rumah.

4. PPR Disewa

Program PPR Disewa ini telah diperkenalkan pada tahun 2002 lagi dan ianya bertujuan untuk disewakan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan pada kadar RM124 sebulan.

5. PR1MA

PR1MA merupakan perumahan berkualiti tinggi berkongsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar yang berpendapatan serderhana. Harga bagi rumah PR1MA ini bermula dari RM100,000 sehingga RM400,000.

6. Rumah Transit

Program Rumah Transit adalah bertujuan untuk memberikan kemudahan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur 18-30 tahun. Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250 sebulan bagi tempoh 2 tahun. Penyewa akan diberikan notis 6 bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.

7. Rumah Ikram Keluarga Malaysia

Inisiatif kerajaan dalam menyediakan kediaman berdaya huni dan selamat khusus kepada Keluarga Malaysia yang terkesan dengan kehilangan tempat berteduh oleh kesan pandemik COVID-19. Pelbagai faktor seperti kehilangan pendapatan, kekurangan pendapatan serta kehilangan pekerajaan sehingga tidak lagi mampu membayar sewa yang tinggi, dihalau keluar rumah sewa atau seumpamanya.

Syarat-syarat Permohonan

Berikut dikongsikan kepada anda syarat-syarat untuk membuat permohonan bagi setiap Skim Perumahan:

1. PPAM

  • Warganegara Malaysia.
  • Penjawat Awam.
  • Penjawat Awam yang berpencen dan kontrak.
  • Boleh memohon lebih daripada satu projek.
  • Moratorium 1o tahun.

Maklumat lanjut mengenai Skim PPAM: Tekan SINI

2. SPP

  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun hingga 70 tahun.
  • Bekerja dan mempunyai pendapatan.
  • Bukan kakitangan kerajaan atau pesara (termasuk pasangan).
  • Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah.
  • Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan.
  • Memiliki tanah sendri atau tanah milik ahli keluarga terdekat.

Maklumat lanjut mengenai Skim SPP: Tekan SINI

3. PPR Dimiliki

  • Pemohon dan pasangan adalah Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

Maklumat lanjut mengenai Skim PPR Dimiliki: Tekan SINI

4. PPR Disewa

  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah.
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Maklumat lanjut mengenai Skim PPR Disewa: Tekan SINI

5. PR1MA

  • Warganegara Malaysia.
  • Bujang ataupun berkahwin dan berumur 21 tahun ke atas.
  • Pendapatan isi rumah antara RM2,500 hingga RM15,000 sebulan.
  • PR1MA hanya boleh dibeli sebagai rumah pertama atau kedua sahaja.

Maklumat lanjut mengenai Skim PR1MA: Tekan SINI

6. Rumah Transit

  • Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia.
  • Pemohon telah berkahwin.
  • Pemohon berumur antara 18 – 30 tahun.
  • Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah transit dipohon.
  • Pemohon bekerja di kawasan / negeri rumah transit dipohon.
  • Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
  • Tiada rekod jenayah.

7. Rumah IKRAM Keluarga Malaysia

Golongan B40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan memenuhi syarat-syarat seperti di bawah:

  • Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia.
  • Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Tidak memiliki rumah, rumah sedia ada telah dilelong, tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah atau seumpamanya.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.

Maklumat lanjut mengenai Rumah IKRAM Keluarga Malaysia: Tekan SINI

Cara Membuat Permohonan TEDUH

Kami kongsikan cara-cara untuk membuat permohonan di bawah:

Layari laman web SPRN di https://sprn.kpkt.gov.my/

1. Daftar Akaun Pemohon

Isikan semua maklumat ada seperti (Nama, No Kad Pengenalan, Alamat e-mel)

2. Buka E-mel anda

Tolong pastikan emel yang telah didaftarkan dimasukkan dengan betul dan masih aktif.

3. Pilih Skim TEDUH

Pilih skim perumahan yang anda inginkan.

Berikut adalah skim perumahan yang masih tersedia:

  1. Rumah IKRAM Keluarga Malaysia
  2. PPR Disewa
  3. PPR Dimiliki

4. Dokumen Sokongan

  • Muat naik semua dokumen yang diperlukan.
  • Pastikan dokumen yang dimunat naik adalah format PDF dan saiz fail tidak melebihi 3MB.

5. Pengesahan

  • Setelah anda memuat naik semua dokumen, pemohon boleh membuat pengesahan permohonan dan selesai.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi:

Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 4,
62100 Putrajaya
Tel: 03-8891 4475/ 03-8891 4200

Emel: [email protected]
MyHome Tel: 03-8891 4027 / 4054 / 4055 / 4062
PPR Tel: 03-8891 4052 / 4059 / 4384
Rumah Transit Tel: 03-8891 4052 / 4061 / 4400
Semoga artikel ini memberi manfaat dan kemudahan kepada anda semua.

Disclaimers – Bahan artikel portalamalaysia kongsikan diatas merupakan tutorial dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Permohonan Rumah Mampu Milik untuk B40 – TEDUH” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes