Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu


Jika anda merupakan rakyat Negeri Terengganu, anda layak untuk memohon Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu. Rumah Mampu Milik (RMM) ini ditawarkan dalam 2 jenis, meliputi RMM Jenis A (Awam dan Penswastaan), serta RMM jenis B.

Manakala 2 jenis Skim Pembiayaan Perumahan Terengganu (i-Rahman) ditawarkan iaitu Bina Rumah Atas Tanah Sendiri (RMR Rahman) dan Beli Rumah Penswastaan (RMM Jenis A Penswastaan).

 

Baca juga:

Tarikh Permohonan Dibuka:

Pemohon yang layak boleh membuat permohonan mulai sekarang sehingga 28 Februari 2022.

Syarat Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu:

Berikut adalah syarat-syarat permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu:

  1. Pemohon merupakan rakyat Terengganu.
  2. Pemohon mestilah menetap di negeri Terengganu.
  3. Pemohon mestilah berumur 21 tahun ke atas.

Syarat Kelayakan:

Semak kelayakan anda berdasarkan kreteria dibawah:

1) Jenis A

  1. Rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
  2. Berumur 21 tahun sehingga umur 50 tahun.
  3. Berkahwin
  4. (10% kelayakan bagi ketegori bujang berumur 35 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500).
  5. Belum pernah memiliki rumah.
  6. Tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
  7. Penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon.
  8. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.
  9. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.
  10. Pendapatan kasar bulanan isi rumah sebagaimana berikut:
  • Perumahan awam : Pendapatan RM 1,500 hingga RM 4,000.
  • Perumahan swasta : Pendapatan RM 2,000 hingga RM 4,500.

2) Jenis B

  1. Merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
  2. Berumur 21 tahun keatas.
  3. Berkahwin (10% kelayakan bagi ketegori bujang berumur 35 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500)
  4. Belum pernah memiliki rumah.
  5. Tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
  6. Pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak melebihi RM 7,000 sebulan.
  7. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500 sebulan.
  8. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

3) i-Rahman

  1. Berumur 21 tahun sehingga umur 50 tahun.
  2. Berkahwin (10% kelayakan bagi ketegori bujang berumur 35 tahun ke atas).
  3. Belum memiliki rumah sendiri.
  4. Pendapatan isi rumah pemohon adalah antara RM2,000.00 sehingga RM4,500.00.
  5. Penerima tawaran membeli RMM (Penswastaan) yang tidak berjaya memperolehi pinjaman daripada 2 pihak bank(perlu sertakan surat penolakan daripada bank tersebut).
  6. Merupakan rakyat Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu.
  7. Permohonan bina rumah di atas tanah sendiri perlu mempunyai keluasan minima (50′ lebar x 72′ panjang) = 3600 kps;.
  8. Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadai/bebanan ke atasnya.

Kadar Harga:

Berikut merupakan kadar pembiayaan dan subsidi rumah:

1) Pembinaan Rumah:

  • Subsidi sebanyak RM20,000 bagi setiap unit rumah yang akan dibina.
  • Kos pembinaan rumah berjumlah RM55,000 dengan bayaran balik bulanan RM286.00 sebulan selama 15 tahun.

2) Pembelian Rumah:

  • Rumah dengan harga maksima sebanyak RM80,000 sahaja.
  • Tempoh pembiayaan selama 25 tahun dan ansuran bulan sebanyak RM266.70.

Cara Permohonan i-Rahman:

Permohonan boleh dibuat secara online melalui Portal ePerumahan Terengganu.


Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang e-perumahan atau hubungi talian + 09-626 7999.

Penafian – Bahan artikel portalamalaysia share diatas sekadar panduan dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia