Apa itu Protege? PROTÉGÉ ialah nama singkatan bagi Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs.
Ia merupakan latihan softskills dan latihan intensif bersama Host Company yang bertujuan untuk meningkatkan peluang pekerjaan peserta sama ada sebagai usahawan atau pekerja dengan entrpreneurial thinking sambil mendedahkan asas keusahawanan (entrepreneurship mindsetting).
Program ini mempunyai kemasukan Ogos dan September 2020 (fasa6) dan latihan ini diadakan di ILSAS (Bangi)/ Online & 5 bulan 3 minggu OJT (Di stesen-stesen TNB / anak syarikat TNB seluruh Malaysia). Dapatkan peluang ini dan baca perkongsian di bawah untuk penerangan lanjut :
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Syarat Kelayakan
Bagi anda yang berminat untuk menyertai peluang ini dan ingin membuat permohonan Protege TNB 2020, anda perlu mengikut syarat kelayakan seperti di bawah :
✅Pemohon mestilah bewarganegara Malaysia
✅Pemohon hendaklah mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang tersebut :
🎓Kejuruteraan Elektrikal
🎓Kejuruteraan Mekanikal
🎓Kejuruteraan Awam
🎓Sains Komputer / Teknologi Maklumat
🎓Perakaunan / Kewangan
🎓Pengurusan Pentadbiran / Sumber Manusia / Pentadbiran Awam / Statistik
🎓Undang-undang dan diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam / Agensi Kelayakan Malaysia (yang bersesuaian dengan bisnes TNB)
✅SPM/SPMV dengan kredit dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik serta lulus matapelajaran Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
✅Had umur mestilah tidak melebihi 28 tahun
✅Graduan ijazah dari dalam dan luar negara yang masih belum mendapat pekerjaan
✅Graduan yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setaraf dengan kelulusan (underemployed)
✅Sanggup mengikuti latihan di mana-mana unit bisnes TNB atau Anak Syarikat TNB
✅Graduan yang mempunyai pendapatan isi rumah yang rendah (Golongan Pendapatan B40 dan M40) dan tiada masalah kesihatan akan diberi keutamaan
✅Tidak pernah menyertai sebarang Skim Latihan 1 Malaysia bersama Tenaga Nasional Berhad sebelum ini
Faedah Yang Dapat
Bagi anda yang akan menyertai dan mengikuti program ini, anda akan memperolehi faedah yang dapat memudahkan anda sepanjang proses latihan tersebut. Berikut adalah faedah-faedah yang diperolehi :
🎁Elaun saraan sebanyak RM 2,000 sebulan
🎁Kelayakan cuti sebanyak 6 hari sepanjang 6 bulan latihan
🎁Tertakluk di bawah Perlindungan Insurans sepanjang 6 bulan latihan
🎁Bayaran balik rawatan perubatan sehingga RM360 sepanjang 6 bulan latihan
🎁Cuti sakit sebanyak 3 hari
Tarikh Tutup Permohonan
Cepatkan dapat peluang ini bagi anda yang berminat untuk menyertai latihan dan Program PROTEGE Ready To Work TNB ini sebelum tarikh tutup permohonan!
📅Tarikh Tutup Permohonan ialah 24 Julai 2020
Cara Mohon
Untuk yang telah memenuhi syarat kelayakan dan ingin membuat permohonan Program PROTEGE Readyt To Work Ini ada boleh membuat permohonan dengan mengikuti langkah di bawah :
0️⃣1️⃣Sila pergi ke laman web TNB
0️⃣2️⃣Pilih Curriculum Viate (CV)/resume anda dan tekan “upload“
0️⃣3️⃣Lampirkan juga Cover Letter
0️⃣4️⃣Isi maklumat yang berkaitan seperti latar belakang pelajaran, kemahiran, pengalaman dan sumbangan anda
0️⃣5️⃣Isikan maklumat tentang peribadi anda
0️⃣6️⃣Isi maklumat lebih lanjut dan tekan butang submit
Bagi graduang yang masih mencari pekerjaaan yang setaraf dengan kelayakan, and perlu merebut peluang keemasan ini bagi meningkatkan kemahiran dan peluang mengisi jawatan kosong kerajaan nanti.
Semoga perkongsian dapat memberi kemudahan kepada anda untuk menceburi sesuatu yang baru dan memudahkan anda untuk mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan anda.