Permohonan TESP MARA 2022 adalah Program Penajaan Pengajian Tertiari.
Ia merupakan penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah untuk pelajar lepasan STPM, Matrikulasi / Asasi / Diploma dan setaraf yang telah ditawarkan pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih di dalam negara.
Baca juga:
- Permohonan Tajaan Biasiswa Sarjana Di Jepun 2023
- Permohonan Bantuan Pendaftaran Pelajar IPT Sehingga RM1,2000
Tarikh Permohonan Dibuka:
Permohonan dibuka bermula 23 September sehingga 25 Oktober.
Syarat Kelayakan:
Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa bertaraf Bumiputera.
- Memenuhi syarat kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) keluarga seperti berikut:
- Ibu dan bapa/penjaga pemohon mestilah tidak disenaraihitam oleh MARA.
- Tidak pernah menerima pinjaman MARA bagi peringkat pengajian yang sama.
- Bagi pelajar yang mempunyai masalah kesihatan, pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian.
- Had umur pemohon adalah tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.
Syarat Akedemik:
1)Pelajar Baharu:
- Mendapat CGPA > 3.00 di peringkat Asasi / Matrikulasi / Persediaan / STPM / Diploma serta setaraf;
- Telah mendapat tawaran dan mendaftar di IPT bermula Januari 2022.
2) Pelajar Sedia Ada:
- Mendapat CGPA > 3.00 bagi semester terdahulu; DAN
- Mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun.
3) Lain-Lain Syarat:
- Lulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM.
- Kelayakan akademik bagi program Perubatan, Pergigian dan Farmasi mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional.
Bidang Yang Ditawarkan:
- Engineering & Environment.
- Natural Science / Medical Science / specialist.
- Transport -Vehicle Design & Engineering.
- Food Security.
- Accounting & Finance.
- Build Professionals.
- IT & Computer Science.
- Creative Design.
- Economy ,Business & Management.
Cara Permohonan:
Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:
Langkah 1: Layari laman sesawang portal MARA.
Langkah 2: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
Langkah 3: Hantar permohonan.
Permohonan dibuka secara atas talian (online) di http://www.mara.gov.my bermula 23 September sehingga 25 Oktober, jam 5.00 petang. Calon hendaklah memastikan maklumat lengkap telah diisi. Calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan serta perlu mencetak dan menghantar dokumen yang berkaitan kepada MARA.
Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.
Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan diproses.
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila emel kepada alamat emel dibawah:
- [email protected] (bagi permohonan di IPTA)
- [email protected] (bagi permohonan di IPTS)
- [email protected] (bagi permohonan di GLU dan GMI)
- [email protected] (bagi permohonan di UniKL)
- [email protected] (bagi permohonan di KUPTM/KPTM)