Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota akan dimulakan pada bulan Julai ini oleh Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Yayasan Wilayah Persekutuan.
Program ini merupakan inisiatif yang bertujuan untuk mewujudkan peluang perniagaan kepada golongan belia di WP Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ruang perniagaan di KL dan Putrajaya mempunyai sebanyak 169 lokasi strategik yang telah dikenalpasti untuk program ini.
Malahan program ini akan berterusan sehingga 2023, baca perkongsian di bawah untuk maklumat terperinci tentang Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota Wilayah Persekutuan ini :
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Inisiatif Program – Permohonan Program Pembangunan Usahawan Muda Kota
Program ini mempunyai tujuan dan objektifnya sendiri, pihak Kementeria Wilayah telah membuat pelbagai inisiatif bagi mencapai objektif program ini. Dibawah ialah inisiatif-inisiatif Program Pembangunan Usahawan Muda Kota Wilayah Persekutuan tersebut :
- Bayaran sewaan nominal
- Memudahcara (green lane) permohonan lesen perniagaan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajya (PPj)
- Agensi Kerajaan akan memberi bantuan pembiayaan dan bimbingan perniagaan
- Pelbagai aspek seperti pengiklanan, pengisian pesanab, komunikasi akan diberikan bantuan dan akses dalam mengaplikasikan ekonomi digital ini antara pekerja dan kajian pasaran
- Tawaran perniagaan francais (tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan)
- Tawaran-tawaran dan peluang latihan dalam bidang keusahawanan yang diumumkan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan
- Lokasi di Dataran Niaga Belia, Presint 14, Putrajaya menyediakan 30 tapak niaga secara percuma selama 6 bulan
Syarat Kelayakkan
Bagi anda yang berminat untuk membuat permohonan bagi Program Pembangunan USahawan Anak Muda Kota ini, anda haruslah menepati kelayakkan seperti di bawah :
- Ia terbuka kepada semua individu yang berminat dalam bidang perniagaan dan usahawan baharu atau usahawan sedia ada yang terjejas mata pencariaannya akibat pandek Covid-19 akan diberikan keutamaan
- Warganegara Malaysia
- Menetap atau lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Berumur 18 tahun ke atas dengan keutamaan kepada golongan belia
Lokasi Ruang Niaga
Dibawah ialah senarai lokasi ruang niaga, jika anda berminat untuk mengikuti program ini anda boleh memilih ruang niaga yang strategik bagi anda :
- Penyediaan ruang niada di Berjaya Times Square
- Penyediaan ruang niaga berbentuk kiosk dan side walk cafe di lokasi strategik (kawasan CDB & di luar kawasan CBD)
- Penyediaan ruang niaga berbentuk kiosk di Hentian Bas/ Teksi di sekitar Kuala Lumpur
- Penyediaan ruang niaga (pit stop) bagi usahawan FoodTruck
Infografik Penuh Program
Program ini akan menyediakan ruang perniagaan (kios) sebanyak 1,122 kepada usahawan anak muda Kota di Wilayah Persekutuan KL dan Putrajaya dengan reka bentuk yang moden, teratur, kemas dan bersih. Terdapat 169 lokasi strategik bagi ruang peniagaan di KL dan Putrajaya. Berikut adalah contoh jenis perniagaan yang boleh anda jalankan :
- Makan dan Minuman
- Cenderamata dan Kraftangan
- Pusat Gajet adan Teknologi Maklumat
- fesyen dan Perhiasan
- Produk Kosmetik, Kecantikan, Pewangi dan Penjagaan Kulit
- Produk francais seperti Tealive, Coolblog dll
- Food Truck
Dibawah ialah bilangan kios niaga mengikut lokasi :
Dibawah ialah kelebihan untuk lokasi 30 tapak di dataran niaga belia Presint 14, Wilayah Persekutuan Putrajaya :
- 6 bulan sewa percuma mulai Ogos 2020
- Selepas 6 bulan sewa RM 150 sebulan
- Kos pengurusan kebersihan percuma
- Fi lesen penjaja RM2/sehari
- Dibuka setiap hari pada pukul 4:00 ptg – 12:00 tgh malam
Brikut adalah lampiran bagi tempoh pelaksanaan untuk Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota yang akan dijalankan pada bulan tertentu di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu :
Lampiran 1
Lampiran 2
Lampiran 3
Lampiran 4
Lampiran 5
Kaedah Permohonan
Bagi usahawan yang berminat untuk membuat permohonan Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota ini anda boleh rujuk info di bawah:
- Anda boleh membuat permohonan dan mengisi borang di https://usahawanwp.kwp.gov.my
- Semakan permohonan yang berjaya akan diumumkan pada 1 Ogos 2020
Maklumat Lanjut
Sebrang pertanyaan dan maklumat lanjut tentang program ini anda boleh rujuk dan hubungi info di bawah :
Urusetia:
Bahagian Sosio Ekonomi,
Kementerian Wilayah Persekutuan
Talian Rasmi:
03 – 8889 7636 / 7644 / 7893 / 7767 / 7853
Alamat Emel:
[email protected] atau [email protected]